CAQ → 22

104 2 0
                                    


SEMINGGU berlalu dengan pantas. Semenjak aku sudah kahwin ni, aku jadi malas nak sambung belajar dan aku sertai usrah yang Kak Nisa' sertai. Furqan pun setujukan apa yang aku mahu, lagipun dia risau kalau aku naik kenderaan awam lagi. Kes hampir kena bawa lari orang hari tu pun masih segar dalam ingatan aku.

Hari ini, aku masak untuk sarapan pagi untuk seisi rumah ni. Tiga orang saja. Kak Nisa' pula buat air. Siap masak, terus aku hidang di atas meja.

"Panggil Furqan, Maya."

"Baiklah."

Aku mendaki anak tangga dan terus membuka pintu bilik. Kepala aku jengul ke dalam melihat Furqan yang baru saja menyarungkan baju kemejanya yang aku sudah seterika semalam. Aku menapak masuk ke dalam bilik. Baru saja tangannya ingin membutangkan baju, aku tepis lembut lalu aku pula yang mengambil alih. Furqan hanya tersenyum lalu membiarkan tangan kecil aku membuat kerja.

Dalam sibuk aku membutang, tangan dia pula sibuk melilit ke pinggang aku. Aku hanya membiarkan.

Aku melekapkan tangan aku ke dada Furqan apabila sudah habis membutangkan bajunya. Tali leher pula aku capai dan aku lilit pada lehernya. Aku baru perasan yang dia masih bertuala.

"Nak pakaikan juga ke?"

Dia tersengih nakal. Aku tergelak kecil. Seluar di atas katil, aku capai lalu disangkut ke bahunya.

"Pakai sendiri, sayang nak turun."

"Pakaikanlah."

"Mengadalah dia ni."

° ° °

"Haih, lama benar duk kat atas buat apa?"

"Furqan ni ha, dah jadi baby balik tak pandai pakai baju."

Kak Nisa' hanya menggeleng lalu meneruskan kerjanya. Kini, masing-masing sudah duduk di meja makan untuk sarapan.

"Sayang kalau nak datang pejabat abang, datang ajelah."

"Tak ganggu ke? Takpalah."

"Lagi dialu-alukan sayang datang."

"Takpalah abang. Hari ni nak duduk rumah je la."

Sesudah makan, aku menghulurkan beg bimbit sekali gus dengan tangan untuk bersalaman. Dia menyambut lalu mengucup dahi aku lama selepas aku kucup permukaan tangannya.

"Hati-hati duduk rumah."

"Abang pun hati-hati pergi kerja."

"Haihh... seminggu ni berat je hati nak tinggal rumah. Bila dah pergi kerja, rasa tak sabar balik rumah."

"Mengada."

Aku mengulum senyuman. Terasa berbunga pula hati ni apabila dipuji.

Dia terus masuk ke kereta dan memandunya keluar. Aku hanya menghantar dengan pandangan mata dan lambaian pada dia.

Pintu ditutup.

"Kita nak buat apa kat rumah ni, kak?"

"Akak pun tak tahu nak buat apa."

"Kak, nak tanyalah."

Kak Nisa' yang sedang menonton televisyen itu menoleh ke arah aku.

"Apa dia, Maya?"

"Ermm... lupa nak tanya hari tu. Dulu akak kan selalu meluah dekat, Maya. Nak tanyalah kenapa akak tertekan dengan keluarga tu?"

Yang ini juga aku curious sejak kenal Kak Nisa'. Dia beranikan diri berbual tentang hal keluarganya pada aku sedangkan waktu itu aku dan dia berkenal dalam dua ke tiga bulan. Waktu itu pula aku ternampak dia menangis di surau tempat aku belajar.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now