CAQ→08

119 7 0
                                    

SAYUP-SAYUP berkumandangnya seruan azan subuh. Mata aku yang berat aku gagahkan juga untuk buka. Asal nampak jalan sudahlah.

Aku memandang mak yang berada di tepi. Wajah kedutnya aku belai perlahan. Tergerak kecil tubuhnya sambil merengek. Lagaknya seperti anak kecil.

Aku bangun dari baringan lalu membetulkan urat-urat yang tersimpul. Aku tidak membuka lampu, takut mengganggu lena mak. Aku meraba getah rambut aku di pergelangan.

Hampir terlupa, aku tertinggal di bilik air malam semalam. Beg yang tidak sempat aku kemas semalam, aku selongkar mencari berus gigi dan ubat gigi. Berus gigi aku masukkan ke dalam mulut.

Aku tidak memandang katil. Bantal di situ umpama memanggil aku untuk melabuhkan kepala aku semula ke situ.

Tak, syaitan je tu Chahaya, cepat pi kolah mandi!

Aku keluar dari bilik dengan mata separa terbuka. Kalau tak terbuka, mahu tergolek aku di tangga ni?

Terasa rambut aku ditiup perlahan dari belakang. Dahi aku berkerut. Aku memberhentikan langkah aku apabila terasa papan lantai itu bergoyang seperti bukan aku saja yang berada di situ.

"Cantik rambut. Tudung mana?"

Suara tu garau. Cik Jusoh ke? Kenapa suara macam...

Aku membulat mata apabila aku teringat yang... Furqan!

Aku menoleh ke belakang lalu pandangan aku disapa senyuman nakalnya. Nampak yang kaki aku sudah terpasung di situ, terus tuala yang disangkut di lehernya dilebarkan lalu menutup rambut aku yang terdedah.

Membahang wajah aku. Malu, malu, malu!

Aku terus berlari turun dari tangga dan masuk ke bilik air dan tutup rapat. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa yang ada Furqan kat rumah ni?

TUDUNG Ariani yang tersangkut di paku aku ambil. Tuala yang terletak elok di atas kepala perlahan aku lurutkan. Teringatkan hal tadi, terus terasa malu sendiri.

Tak terbayang kalau aku dah kahwin dengan dia nanti. Silap-silap, aku pun lupa yang dia dah kahwin dengan aku. Haih, Chahaya... Chahaya...


Tudung aku sarungkan ke kepala. Pakaian aku belek semula di cermin. Apabila yakin dengan penampilan sendiri, aku terus mengatur langkah ke bilik aku yang diduduki Furqan. Tuala di bahu yang sedikit terlorot dinaikkan semula.


Terasa seperti rerama mula berterbangan di perut. Aku menepuk perut aku yang kempis supaya rerama itu bertenang. Tetap sama!


Tenang...

Tenang...

Tangan diangkat mahu mengetuk pintu kayu itu. Belum sempat diketuk, pintu terbuka. Terkaku aku seketika seperti patung cendana di hadapan pintu itu. Aku bukanlah tergamam sebab kehadiran Furqan, tetapi...

Mana baju kau?!


"Yes dear?"

Aku menutup mata aku menggunakan tangan kiri. Tangan kanan aku hulurkan tuala. Terdengar gelak kecil dari dia. Tangan aku masih lagi menghulur ke depan. Cepatlah ambil, lenguh ni!

"Tuala awak."

Aku mendengar keluhan dia sebentar tadi. Gaya aku masih seperti tadi dan tidak bergerak langsung.

"Wangi. Pakai shampoo apa?"

"Ambillah, lenguh tangan saya." Aku cuba mengubah topik. Dia ni melayan aku macam isteri sedangkan belum ada kata putus lagi mahu menghalalkan.

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now