CAQ → 26

152 4 5
                                    


SEMINGGU berlalu dengan pantas. Aku dan Furqan masih tidak bertegur. Semasa makan juga, dia tiada di meja makan. Dia menyuruh adik bongsunya itu memberinya makan di dalam bilik. Jijiknya kau pada aku Furqan.

Aku tahu, kelakuan aku ni gila, tetapi aku memang bersungguh. Aku sanggup ambil satu bantal untuk tidur di hadapan pintu Furqan. Tapi apabila siang, lantai yang keras bertukar lembut. Mata yang terpejam perlahan dibuka. Ya, aku di atas katil di bilik tetamu semula.

Aku tidak kisah, mungkin dia perlukan masa. Semenjak kejadian seminggu yang lalu itu, aku tidak pergi ke taman untuk jogging. Tubuh aku memang lemah saat ini. Mama selalu tegur yang wajah aku nampak terlalu letih.

Wajah Zikri juga tidak aku lihat saat ini. Semenjak kejadian itu, dia tidak balik ke rumah ini. Dia lari entah ke mana. Baguslah kalau dia tidak ada. Dia adalah abang yang tak guna!

Pagi ini, aku pelik kenapa Aliff tidak memberi makanan kepada Furqan di atas. Mungkin budak lelaki itu terlupa. Aku dengan semangat menyendukkan beberapa senduk nasi goreng yang aku masak pagi ini.

Aku menatang dulang makanan yang aku isikan dan minuman seharian Furqan. Baru saja aku ingin melangkah jauh, soalan dari dua bibir adik bongsu itu membuatkan aku mengerut dahi.

“Nak bawa ke mana tu kak?”

“Bagi, abang Furqan.”

“Eh, Furqan dah out station hari ni. Pagi-pagi lagi dia dah bertolak.”

Dulang yang hampir jatuh sempat aku letak di atas meja. Wajah mama aku pandang tidak percaya. Furqan... Furqan tidak pernah buat macam ni dekat aku.  Rasa kecewa mula menghentam perasaan. Dada aku kembali sesak.

“Kenapa... kenapa dia tak bagitahu?”

“Takkan bertanya lagi, kak? Dah salah sendiri.”

“Heh, jangan menyampuklah hal orang tua.” Mama  mencantas kata-kata yang umpama pedang itu. Aku memejam mata kuat. Rasa sakit di dada semakin menjadi-jadi.

Aku terdengar keluhan berat dari Darwisy. Dia menolak kerusinya ke belakang dan terus beredar. Baiklah, aku faham. Dia mesti rimas dengan drama air mata aku.

Seluruh pelosok rumah itu bergema tangisan seorang isteri nusyuz bagi mereka. Aku bukan isteri yang nusyuz. Aku difitnah.... aku difitnah!

Air mata mengalir lesu di lekuk pipi. Aku berlari masuk ke dalam bilik tetamu. Aku terasa diri aku sangat lemah. Aku tidak tahu bagaimana lagi untuk aku tenangkan diri. Punggung aku labuhkan di birai katil.

“Sampai hati awak, Furqan...”

Tubuh aku rasa tidak sedap saat ini. Rasa berbisa membuatkan tubuh aku lesu. Mungkin sebab aku tidur atas lantai di depan pintu bilik Furqan. Tapi itu tidak sesakit jiwa aku yang meronta mahukan suami di sisi.

“Chahaya?”

Aku tidak menyahut. Mulut aku terasa berat ingin berbicara dengan sesiapa pun saat ini. Tidak lama setelah itu, mama membuka sedikit pintu bilik itu. Aku memandang kosong ke arah mama. Matanya memandang aku simpati. Terus dia masuk dan duduk di sebelah aku.

“Chahaya... mama minta maaf. Mama tak tahu yang... Furqan out station tak bagitahu kamu. Maafkan mama.”

“Takpa... dia mesti perlukan masa untuk maafkan Chahaya yang dah kotor ni.”

“Chahaya... mama tahu kamu tak buat semua tu. Mama tahu sangat-sangat. Sejak dari kamu nikah dengan Furqan lagi. Takkanlah kamu pilih Furqan semata-mata untuk curang dengan Zikri? Lebih baik kamu kahwin dengan Zikri je kalau macam tu.”

“Semua orang takkan faham. Takda apa-apa bukti dan saksi untuk mempertahankan Chahaya, mama. Hanya Allah saja mampu jadi saksi yang Chahaya tak buat semua tu. Chahaya tak buat...”

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now