CAQ → 20

139 6 0
                                    


SEDAR tidak sedar, sudah enam hari aku di sini. Hari-hari aku di sini sesungguhnya sungguh hambar. Entah kenapa setiap kali aku melakukan pekerjaan aku, aku terasa diri aku diperhatikan. Paling tidak selesa ialah renungan dari papa. Entah kenapa terasa yang dia bencikan aku.

Kenapa dia nak bencikan aku pula? Aku yang sanggup bersama anak dia yang paling pembawa malang bak kata dia.

Esok adalah hari terakhir aku di sini. Furqan pula tidak membawa aku ke mana-mana. Lagipun, memang aku tak nak keluar sebab aku nak rehat.

“Sayang?”

“Hmm?”

“Nak jogging? Jom.”

“Jogging? Boleh jogging ke?”

“Bolehlah, kenapa tak boleh pulak?”

Dalam hati aku melonjak kegirangan. Aku bangun lalu menghampiri almari. Seluar dan baju t-shirt muslimah aku keluarkan dan aku bentangkan di atas katil. Baru saja aku ingin membuka baju, mata aku terarah pada Furqan yang menyandar tubuhnya di dinding sambil memandang perlakuan aku dari tadi tanpa lepas.

“Abang, pandang belakang boleh?”

“Kenapa? Abang tak boleh tengok ke?”

“Boleh, tengok setiap hari pun boleh. Tapi bukan sekarang. Karang tak jadi pergi jogging pula.”

“Biarlah. Kita boleh ‘berpeluh’ dalam bilik je.” Senyuman nakalnya mula menari di bibir pink itu. Menyampah!

“Hah, mula la tu. Pandanglah belakang, abang.”

“Ya la, abang tunggu dekat bawah.”

Pintu terus ditujunya dan dia menekan tombol kunci dari dalam lalu menutupnya rapat.

Sesudah aku memakai tudung, terus aku keluar dan turun ke bawah.

Baru saja ingin menyarungkan seliper, mata aku terarah pada Furqan yang sedang bersembang dengan seorang gadis. Rambutnya yang diikat satu dan bajunya yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh itu membuatkan aku sedikit rasa tercabar. Tubuhnya nampak solid. Aku?

Sekeping papan.

Aku terus meluru ke arah Furqan. Perbualan mereka terhenti seketika.

“Hai, sayang. Mel kenalkan, ni isteri saya. Chahaya. Chahaya, Mellisa. Dia jiran dekat sini.”

Aku senyum apabila Furqan memperkenalkan diri aku pada gadis bertubuh model itu. Dia tersenyum manis lalu menghulurkan tangan pada aku untuk berjabat tangan. Aku sambutnya dengan wajah manis aku.

“Manis ya, muka isteri you. Cantik.”

Pujiannya kedengaran sangat ikhlas. Wajah dia juga tidak menampakkan yang dia ingin mengadakan ‘war’ dengan aku untuk ambil Furqan. Hati aku yang cemburu tadi beransur hilang.

“Terima kasih.”

“Tengok you ni buatkan I teringin nak bertudung Chahaya.”

“Boleh, saya boleh ajar awak.”

“Aip, aip. Sekarang tak boleh. Dia kena teman saya jogging.”

Tangan aku ditarik apabila Furqan lama mendiamkan diri. Furqan terus menarik aku untuk mengikutinya. Aku melambai tangan ke arah Mel yang juga mengucapkan selamat tinggal.

“Abang ni, baru nak berkawan dengan dia.”

“Nanti la sembang lagi. Sekarang time teman abang. Luang masa dengan abang, bukan dia.”

Aku memandang Furqan yang memuncung panjang sedepa. Aku memeluk pinggangnya dari tepi.

“Alalala, itu pun marah. Kalau abang majuk, balik ni tak boleh...”

Spontan Furqan memandang aku bagai mahu ditelan aku hidup-hidup.

“Tak boleh apa?”

“Tak boleh tu la.”

“Mana boleh gitu. Kalau abang nak, suka hati abang je la.”

“Amboi. Guna kuasa veto nampak.”

“Of course.”

Aku menggulingkan mata. Malas la layan.

“Ni bila nak jogging ni kalau peluk abang pun tak lepas?”

Aku melepaskan pelukan dan terus membawa tangan ke belakang tubuh.

“Mana ada, takda, takda.”

Bersungguh aku menafikan sedangkan terang-terang tadi aku yang mengada peluk dia. Dia memanaskan tubuh. Aku ikut saja gaya dia memanaskan tubuh dan mula berlari anak.

“Teringat pula masa sayang jogging dulu.”

“Haa, macam mana abang boleh ada dekat situ masa sayang jogging?”

“Saja ikut sayang. Abang tengok je dia jogging. Bila dah duduk tu, kira ada chance la nak kenakan dia.”

“Abang selalu jogging ke?”

“Selalu la juga. Kadang-kadang keluar dengan Mel tu.”

Aku sedikit tersentak. Apabila dia menyebut nama gadis itu, mula rasa sesuatu menjentik tangkai hati aku.

“Tapi dia selalu dengan pakwa dia. Hari ni dia seorang je sebab pakwa dia ada benda nak buat dekat KL.”

Spontan aku mengeluh lega. Terdengar Furqan ketawa kecil di sebelah aku.

“Kenapa? Macam lega sangat je.”

“Takda, mana ada. Takda apa pun.”

“Ya la tu.”

Sedar tidak sedar, sudah dua jam kami bersembang sambil berjogging. Apabila sudah rehat sebentar di bangku, Furqan dan aku terus pulang ke rumah.

Sejujurnya, selama aku di sini agak membosankan. Aku hanya menolong pekerjaan di rumah. Bukannya malas, Cuma aku memang kurang berjalan keluar rumah.

° ° °

Sesudah solat maghrib tadi, seperti kebiasaannya jadual aku di sini, isi rumah akan berkumpul di meja makan untuk makan malam.

Suasana juga seperti kebiasaannya, mereka makan tanpa sebarang suara bersembang. Jika buka mulut sedikit saja seperti semua di atas meja itu ingin memakan aku hidup-hidup.

Aku masih tak faham kenapa keluarga ini sangat dingin dengan Furqan dan Kak Nisa’ pernah ingin membunuh diri kerana tidak mampu dia duduk di rumah ini lama-lama. Tapi, selama aku di sini, tiada pula yang mula buat onar kecuali pandangan sinis masing-masing terhadap aku.

Mungkin kerana aku adalah orang baru dalam rumah. Jadi, aku tidak biasa dengan renungan mereka.

Telinga aku disapa bunyi kaki kerusi diseret ke belakang. Mata aku beralih pada papa. Jantung aku bagai mahu luruh apabila pandangan aku juga dibalas dengan tenungan mautnya.

Terasa yang aku buat silap besar saat ini. Serentak kepala aku memandang isi meja yang masih duduk di kerusi. Mereka juga memandang aku. Aku perasan Furqan sudah menunduk dan memandang makanannya. Terdengar juga keluhan berat yang dia lepaskan.

“Chahaya, jumpa papa dekat ruang tamu. Dengan kau sekali Furqan.”

Furqan masih tidak mengangkat wajahnya.

“Baik pa.”

“Pandang aku bila aku bercakap!”

Serentak satu meja terhinjut bahu.

“Papa, boleh cakap... elok-elok, kan?”

Papa memandang aku pula dengan renungan kosong.

Sumpah aku nak tahu kenapa dia layan Furqan dan Kak Nisa’ kasar.

Sesudah habis makan, aku dan Furqan bergerak ke arah ruang tamu. Di situ ada abang sulung dan abang kedua. Tak dilupakan juga, ada papa dan juga Zikri.

Dan ya. Aku seorang saja perempuan di sini. Dan juga, sangat awkward. Melihat mereka merenung aku tajam membuatkan darah gemuruh aku semkain menjadi-jadi. Tangan aku disulam lalu tangan hangatnya menggenggam tangan aku cuba menyalurkan kekuatan.

Aku membalas genggamannya.

“Duduk Chahaya.”

Mata aku teralih memandang Zikri yang menunjukkan ruang sofa yang kosong. Ada dua tempat duduk. Aku menolak Furqan untuk duduk di kawasan yang dekat dengan Zikri.

Wajah Zikri sedikit berubah. Aku memandang papa pula. Dia masih bersembang dengan dua orang anaknya yang sudah berumur 30 lebih itu.

“Okeylah kalau macam tu.”

Mereka berdua bersurai naik ke atas. Kini, hanya tinggal aku, Furqan, Zikri dan papa. Suasana menjadi senyap seketika seperti ada malaikat lalu.

Sempat aku memandang papa yang memandang Furqan tajam. Kenapa keluarga ni terlalu pelik? Dalam hati aku tidak habis bertanyakan soalan yang masih tergantung selama perkahwinan aku dengan Furqan minggu lepas.

Pak!

Aku memandang sampul berwarna coklat yang dilempar papa tadi. Sampul itu nampak... besar. Mereka diam lagi. Furqan di sebelah sudah menutup matanya.

“Papa... terima kasih. Tapi, Furqan boleh cari sendiri duit untuk tampung hidup Furqan dengan Chahaya.”

“Hei, Furqan. Tak nampak lagi ke? Isteri kau tu pun dah terkena sial yang kau bawa tau.”

Jantung aku berdegup kencang apabila suasana menjadi terlalu dingin. Tangan Furqan yang masih dalam genggaman aku, aku belai perlahan cuba memberi kekuatan. Lihat reaksinya kini semakin tenang.

“Aku macam tak percayalah si Chahaya ni pilih lelaki macam kau. Aku takut betul keturunan sial kau hidup atas muka bumi ni.”

Aku yang dari tadi menunduk terus mengangkat wajah. Aku yang mendengar setiap bait kata sinis dari papa itu pun sudah sakit hati, apatah lagi Furqan. Air wajah lelaki Furqan juga tidak tersenyum seperti selalu.

“Tak payah kau nak sombong dengan duit aku. Lama-lama kau guna juga.”

“Papa...”

Mata papa beralih ke arah aku apabila aku memanggilnya. Aku mengeluh perlahan.

“Saya baik-baik je, pa. Furqan bagi saya nafkah zahir dan batin. Cukup. Papa tak perlu layan dia seolah-olah dia ni macam anak pungut. Usia perkahwinan kami baru je papa.”

“Kau tak nampak lagi Chahaya? Huh, Mak, nenek dengan pak cik kau mati sebab apa? Sebab tempias si malang ni la!”

“Papa...”

Tiba-tiba Zikri bersuara. Menenangkan papa yang sudah meninggikan suaranya ke arah aku. Aku memandang puncak hidung Furqan yang semakin merah. Wajahnya sedikit berkerut menahan perasaan.

“Papa, mak, nenek dan pak cik saya meninggal memang sebab itu takdir yang tertulis. Saya tak mampu nak ubah. Sesiapapun tidak mampu ubah papa. Waima, saya kahwin dengan anak ketiga papa pun, belum tentu mereka masih hidup.”

Zikri berdehem lalu membetulkan duduknya.

“Kau masih tak kenal siapa Furqan, Chahaya. Awal betul kau buat perancangan Furqan. Kenapa? Kau dah buntingkan budak ni ke? Macam yang kau buat dekat sepupu kau sendiri tu?”

Aku terdiam. Buntingkan? Sepupu?

Furqan pernah...

“Stop burukkan Furqan depan Chahaya, papa!”

Aku tersentak apabila Furqan bangun  dari duduknya dan menarik tangan aku untuk mengikutinya naik ke atas. Aku hanya menurut apabila melihat suasana di sini menjadi dingin.

Furqan menutup pintu kuat membuatkan bahu aku terhinjut. Aku menoleh ke belakang lalu menghampiri tubuhnya yang membelakangi aku. Kepalanya disandarkan pada pintu.

Tidak lama kemudian, aku mendengar bunyi esakan kecil dari Furqan. Aku datang ke arah Furqan dan menarik dia untuk duduk di katil. Wajahnya sedikit comot aku kesat dengan tangan. Aku tidak pernah tengok dia selemah ini sebelum ni.

Mata aku dan Furqan berpandangan. Dia meraih tubuh aku dan dipeluknya erat.

“Abang tak buat... percayalah abang...”

Aku luluh mendengar suaranya yang bergetar di tepi telinga aku. Aku membalas pelukannya dan aku tepuk belakang tubuhnya. Sesungguhnya, air mata aku kini aku tahan. Aku tidak kuat melihat dia lemah seperti ini.

“Abang tak buat...”

Pipinya aku kucup beberapa kali menenangkan dirinya. Aku tidak bersuara dari tadi. Aku masih tersentak dengan apa yang aku dengar dari dua ulas bibir tua milik papa.

Entah, aku dilema.








CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now