CAQ → 09

110 6 0
                                    

“PAGI, nek. Masak apa hari ni?”

Aku menongkah tangan di tebing singki. Melihat nenek yang sedang memasak di situ. Lincah tangan tua itu mengambil bahan perasa dan sebagainya.

Aku masih ralit melihat sosok nenek yang mundar-mandir itu. Tak padan dengan tua, semangatnya seperti seorang gadis lagi.

“Masak apa-apa yang kau boleh makan. Tolong nenek kupas bawang putih, Aya.”

“Okey.”

“Pandai ke masak tu?”

Aku menoleh ke arah Furqan yang perlahan menuruni tangga usang rumah nenek.

Tersungging senyuman sukar ditafsir lagi dari Furqan. Mata aku kecilkan memberi amaran pada dia supaya tidak mengganggu aku.

Aku mengambil lesung batu lalu bawang putih yang tersedia di atas meja itu aku ambil dan ketuk satu per satu.

“Eh, eh... bawang putih tu... makan sekali kulit ke? Tak kupas dulu?”

“Saya nak kupas la ni.”

“Kenapa ketuk dulu? Nanti hancurlah.”

“Memang saya nak bagi dia hancur sikit senang nak tanggalkan kulit. Awak ni kalau tak kacau saya tak boleh?”

“Kupaslah dulu kulitnya...”

“Saya buat macam tu sebab nak senang kulitnya ditanggalkan, awak tak tahu masak diam saja. Hish! Nek, suruh dia naik atas sibuk je tengok orang buat kerja.”

Bawang putih separa hancur itu aku letak ke atas landas lalu kulitnya aku asingkan dari isi. Mata aku tidak lepas dari memandang Furqan yang memandang tepat ke arah tangan aku yang sedang membuat kerja. Haa... tak percaya sangat.

Aku tak suka kalau aku buat kerja kat dapur, ada orang tengok. Nanti semua serba tak kena.

“Biarlah. Tengok kamu berdua ni teringat masa zaman muda nenek dulu. Atok kau suka menyakat nenek dekat dapur sampai tak perasan pisau tercacak jatuh ke kaki dia.”

Nenek tergelak sakan membuatkan aku dan Furqan tergamam. Tubuh tua yang sedang membasuh tangan di singki dipandang tanpa berkelip.

“Alah, gurau aje tu pun takut.”

Terlepas keluhan berat dari dua ulas bibir aku. Bagai tersekat udara di kerongkong aku tadi. Gurau nenek boleh tahan seram juga ya.

“Furqan...”

Gegendang telinga aku disapa panggilan perlahan dan lembut dari arah tangga. Furqan turut memandang ke arah mak yang sedang memaut pintu tingkat atas, menyokong tubuhnya untuk berdiri.

“Mak, mak nak pergi tandas ke?”

Baru saja aku bangun dari kerusi, mak menggeleng kepalanya beberapa kali tanda dia tidak mahu ke tandas.

“Furqan, mak nak... cakap sikit... dengan kamu dekat ruang tamu.”

“Baik mak.”

Furqan tidak membantah. Kerusi roda yang terletak di tepi dinding diambil olehnya lalu dia mendudukkan mak di atasnya.

Entah kenapa otot di muka aku mula menegang dan tersenyum melihat kelakuan baik Furqan. Sejuk saja hati aku melihat dia menjaga mak aku.

Senyuman aku mula kendur apabila terfikir soalan demi persoalan datang menyerbu benakku. Nenek yang sedang khusyuk memasak aku biarkan. Biar wanita tua itu melakukan kerjanya. Persoalan yang aku pentingkan sekarang ini.

Perlahan aku mengatur langkah aku lalu melabuhkan punggung di tangga. Kepala aku jengulkan sedikit ke hadapan. Telinga aku cuba diliarkan.

“Terima kasih.”

CHAHAYA AL- QAMAR  [C]Where stories live. Discover now