16

20.6K 881 19
                                    

Pagi itu Noah bersiap ke pejabat seperti biasa. Tali leher dikemaskan buat kali terakhir. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Noah melangkah ke arah meja kerja yang berada di sudut bilik itu. Sempat juga dia mengerling ke arah Sufi yang masih lena diulit mimpi.

Pandangannya jatuh ke atas dua ketul coklat Ferrero rocher sewaktu dia hendak mengambil iPad miliknya diatas meja. Di bawah coklat tersebut terselit pula sekeping kertas bersama dengan sebuah nota pendek.

Sorry :)

Hujung bibir lelaki itu ternaik sedikit sebaik sahaja dia usai membaca nota tersebut. Dia lantas memusingkan tubuhnya lalu berjalan menghampiri Sufi. Tangannya menarik selimut sehingga menutup bahu gadis itu. Satu kucupan ringkas turut hinggap di atas ubun-ubun Sufi.

"Hmm, cute. Thanks, Sufi."

Noah meninggalkan bilik tidur mereka dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi kerana bimbang akan menganggu tidur gadis itu.

****


Mata Noah tidak berhenti melirik ke arah dua ketul coklat yang diletakkan di atas meja. Sesekali dia mengukirkan senyuman. Comel betul Sufi ni. Siap bagi notes lagi. Tu la, malam tadi kedekut sangat tak nak kongsi.

Malam tadi? Gulp! Tiba-tiba Noah teringat kembali akan kejadian tersebut. Terus dia meletakkan tangannya di atas dada. Mak aih! Laju betul jantung ni berdegup. Dah macam baru lepas marathon pula!

"Hoi! orang bekerja tapi kau berangan jauh pula. Dah sampai mana kau berangan?"

Fawwaz menyergah Noah apabila dia melihat tiada sebarang reaksi dari sepupunya selepas beberapa kali dia mengetuk pintu bilik lelaki itu.

Sergahan Fawwaz itu membuatkan Noah tersentak. Satu jelingan maut turut dilemparkan. Kacau daun betul. Baru je nak berangan!

"Haih kau ni. Boleh tak jangan main sergah je? Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak memang wassalam la jawabnya."

"Itulah kau, berangan lagi. Tengah ingatkan wife la tu. Ni baru masuk office tak sampai setengah hari takkan dah rindu kot?"

Noah berdecit sambil menjeling lagi ke arah Fawwaz. Amboi, mulut dia ni memang nak kena cili ke apa?

"Kau jangan nak merepek boleh tak? Sejak bila pula aku teringatkan dia?"

Fawwaz mengekek lagi. Suka betul dia mengenakan lelaki itu. Tiba-tiba matanya terpaku ke atas dua ketul coklat yang berada di atas meja Noah. Sebuah senyuman senget mula terukir di wajahnya.

"Eh, ada Ferrero rocher la. Aku nak satu."

Fawwaz membongkokkan tubuh ke hadapan untuk mencapai coklat tersebut. Namun belum sempat dia mencapainya, Noah cepat-cepat mengetuk tangan Fawwaz dengan menggunakan fail tebal yang berada di hadapannya.

"Weh, Sakit lah! Alah, aku nak satu pun tak boleh. Kedekut!"

Fawwaz menggosokkan tangannya. Sakit! Tapi hatinya lagi sakit!

Noah dengan pantas membuka laci meja lalu menyimpan coklat itu. Tak boleh lambat-lambat, nanti kena kebas.

"Tak boleh, dua-dua tu aku punya. Kalau kau nak, kau beli sendiri,okay?"

"Dasar keturunan Haji Bakhil. Kata CEO? Takkan tak mampu nak beli lain kot?"

Noah menggulingkan mata apabila mendengar kata-kata Fawwaz. 

"And kau tu COO. Lebih dari mampu. Nak beli satu truck pun boleh."

"Dah lah, malas aku cakap dengan orang kedekut macam kau ni. By the way, document ni kena dapatkan pengesahan dari kau tapi kau semak la dulu kot ada yang perlu aku amend."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now