27

20.1K 826 28
                                    

Bunyi pintu dihempas kuat mengejutkan Aileen yang sedang leka menghadap komputer. Wanita itu mengurut perlahan dadanya akibat terkejut dek tingkah Noah secara tiba-tiba itu.

"Bos ni mengamuk pasal apa pula kali ni?" 

Baru sahaja dia hendak bangun dari tempatnya tiba-tiba, seorang wanita datang meluru masuk ke dalam pejabat Noah tanpa memandang ke arah Aileen. Belum sempat Aileen menghalang wanita itu, pintu bilik itu sekali lagi dihempas dengan kuat. 

Aileen berdecit sambil membuat muka cemberut.  Haih, dah kenapa hari ni semua nak hempas pintu kuat-kuat? Silap haribulan, roboh pula pintu tu nanti.

"Noah, please. Dengar dulu apa yang I nak cakap ni!"

Dada Noah kembali berombak kencang sambil menahan kemarahan. Anak matanya mencerlung tajam ke arah Bella yang masih lagi berdiri tercegat di hadapannya.

"You nak cakap apa lagi?"

"I dah cakap banyak kali yang I tak buat semua tu. Kenapa susah sangat you nak percaya?"

Noah mendengus kasar. Dia turut meraup kasar wajahnya tanda berang dengan wanita itu.

"You cakap apa? You tak buat semua tu? Habis tu, you nak tuduh Sufi menipu dan berpura-pura lemas? Macam tu?"

Bella berdiri sambil pandangannya jatuh ke lantai. Dia tidak berani hendak menatap pandangan tajam milik lelaki itu.

"You jangan nak bohong, Bella. I tahu youlah punca Sufi lemas dalan kolam tu, kan?" 

Bella hanya mendiamkan diri.

"I tanya ni. Jawablah!!"

Jerkahan Noah menyebabkan Bella tersentak. Hampir bergenang air matanya kali ini. Mana pernah Noah menengking dia seperti itu sepanjang mereka kenal. Tak! Noah yang dia kenal seorang yang sangat soft spoken. Bukan macam ni!

Lelaki itu mendengus kasar. Kali ini Noah sudah tidak dapat bersabar lagi. Bukan dia tak tahu apa yang dah terjadi malam tu. Bella memang benar-benar dah melampau! Mujurlah ada beberapa saksi yang menyaksikan kejadian tersebut membuatkan Noah yakin bahawa Bella adalah punca Sufi hampir kehilangan nyawanya!

"You memang dah melampau, Bella! Sanggup you nak bunuh isteri I?"

Bella mengetap bibir sambil menggeleng perlahan. Air mata mula terbit di hujung matanya.

"Tak, Noah. I tak pernah berniat untuk bunuh isteri you. Lagipun dia tiba-tiba tergelincir dan I tak sempat nak tangkap tangan dia. I ma-mana reti berenang."

Wajah tampan itu menyungging senyuman sinis. Nampaknya Bella masih tidak mahu mengaku akan kesalahannya itu. 

"Oh, tiba-tiba tergelincir? Bukan you yang tunjal bahu dia sebelum dia terjatuh dalam kolam tu? You memang sengaja, kan? Apa yang you tak puas hati sebenarnya?"

Sekali lagi Bella terkedu. Ma-maksudnya, Noah nampak apa yang dah terjadi malam tu?

"Kenapa? You ingat I tak tahu semua tu? You ingat bila cctv kat situ rosak, you boleh terlepas? You lupa ke bukan you sorang yang ada kat situ?"

"You dengan ular memang satu spesis. Dua-dua lidah bercabang."

Noah berdecit perlahan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Kerusi itu dipusingkan ke arah bertentangan dengan Bella. Dia cuba untuk menenangkan hatinya dengan menghindarkan diri dari menatap wajah wanita itu.

"I tak nak tengok muka you. Better you keluar sekarang!"

"Tapi Noah, kita still officemate. Takkan sebab hal remeh macam ni you nak mengamuk sampai macam ni sekali?"

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now