22

19.6K 805 34
                                    

"Alright, kita dah sampai."

Noah menarik handbrake lalu mematikan enjin kereta. Dipandang Sufi yang sedang duduk di sebelahnya sekilas sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada gadis itu. 

"Awak makan tak Chinese cuisine?"

Mata Sufi masih lagi memandang tepat ke arah restoran itu. Restoran cina? Biar betul Noah nak ajak dia makan tengahari di sini?

Lambat-lambat Sufi mengangguk. Puas juga dia mencari logo halal tapi tak jumpa pun. Ini merupakan kali pertama dia melihat nama restoran ini membuatkan dirinya ragu-ragu untuk melangkah masuk ke dalamnya.

Dan dan pula masa ni dia teringat akan kata-kata ustaz. Kalau ragu-ragu akan halal haram sesuatu tu, benda tu dah jadi syubhah. 

Noah seakan mengerti dengan kegusaran yang terlakar di wajah isterinya itu. Lantas dia tersenyum sambil meraih lembut tangan kecil Sufi. 

"Jangan risaulah. Ni restoran chinese muslim. Chef dia pun muslim. InsyaAllah halal. Restoran ni Fawwaz yang promote kat saya. Dia kenal rapat dengan chef kat sini."

"Oh, yeke. Sorry, Is. Ni first time saya tengok nama restoran ni. "

Sufi senyum nipis sambil menghela nafas lega. Lenyap terus perasaan ragu-ragunya apabila mendengarkan penjelasan Noah. 

Tiba-tiba, perut Sufi mula berkeroncong. Dia terus menutup perut dengan kedua lengannya sambil tersengih-sengih. Eh, perut ni pun tak reti sabar ke?

"Tengok tu. Perut awak pun dah menjerit minta makan."

"Ish! Awak ni! Dahlah. Jom turun. Saya lapar dah ni."

Sufi terus keluar dari perut kereta lalu melangkah masuk ke dalam restoran itu tanpa menunggu Noah. Noah hanya mengukirkan senyuman. Terhibur dengan gelagat isterinya.

****

Dari tadi Sufi ralit memerhatikan keadaan restoran. Hiasan dalaman restoran ini sangat lawa dan betul-betul mempunyai corak dan budaya cina sama seperti yang selalu dia tonton dalam drama cina. Suasana restoran itu juga tenang memandangkan tidak ramai pelanggan yang datang ketika itu.

"Sufi, awak nak makan apa?"

Noah membelek menu yang berada di tangan. Dia mengesot sedikit punggungnya lalu merapatkan dirinya dengan Sufi. Menu itu disuakan ke hadapan gadis itu.

Bahu mereka bersentuhan apabila Noah merapatkan jarak mereka menyebabkan Sufi terkaku seketika. Bau perfume Noah yang sedang menusuk hidung membuatkan dirinya bertambah lagi gementar. Jantung pun beria tengah menggila sekarang ni.

"Emm, saya ikut apa yang awak makan. Saya tak tahu sangat Chinese cuisine ni."

Noah mengangguk lalu memandang ke arah pelayan yang sedang menunggu mereka sejak dari tadi.

"Bagi lamen soup with sliced beef 2, teh o panas 1, ice lemon 1."

Sufi sempat memandang ke arah dinding kedai yang dihiasai dengan pelbagai menu menarik ketika Noah memberi pesanan kepada pelayan restoran tersebut. Matanya tiba-tiba terpaku akan satu menu yang menarik perhatiannya. Lantas lengan Noah dicuit perlahan.

Noah mengangkat kedua kening lalu mendekatkan telinganya ke wajah Sufi.

"Awak, saya nak try dumpling tu boleh tak?" Sufi menunjukkan gambar dumpling yang tergantung di dinding restoran itu dengan jari telunjuknya. Sebelah tangannya pula secara tidak sedar telah berpaut perlahan pada lengan Noah. 

Noah lantas melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Sufi.

"Boleh, awak nak yang dry ke yang ada sup?"

"Yang dry lah." balas Sufi sambil tersenyum.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now