35

20.2K 719 73
                                    

Berulang kali Husna membaca whatsapp yang masih terpapar di atas skrin telefon. Masih lagi tiada balasan dari lelaki itu walaupun mesej itu telah dihantar sejak malam semalam.

Satu keluhan besar dilepaskan. Masa nak minta tolonglah dia tiba-tiba ghaib. Kelibat lelaki itu pun sudah jarang dia lihat ketika di pejabat. Terlalu sibuk dengan urusan luar pejabat katanya. 

"Redah je lah, Husna. Macam tak biasa pula kena perli dengan budak-budak tu."

Husna terpaksa membuat kerja gila dengan mengajak lelaki itu ke majlis reunion sekolah menengah yang diadakan pada hari ini. Dia bukannya rapat sangat dengan lelaki itu walaupun lelaki itu selalu juga menolong dirinya tapi dia menganggap bahawa semua itu dilakukan atas dasar rakan sekerja. 

Ya, rakan sekerja. Husna pun tidak menyangka bahawa mereka bekerja di bawah satu syarikat yang sama. 

Nafas diatur dengan tenang. Husna menghayun langkahnya ke dalam sebuah restoran mewah yang telah ditempah khas bersempena dengan majlis reunion mereka itu. Maklumlah rata-rata mempunyai kerjaya yang baik dan stabil. Itulah antara sebab majlis itu diadakan di tempat mewah seperti ini. 

"Eh, Husna dah sampai!"

Auni melihat Husna dari jauh sambil melambaikan tangannya.

Husna mengukirkan senyuman. Lebih kepada berpura-pura sebenarnya apatah lagi dia melihat bekas teman lelakinya juga turut serta dalam majlis itu.

"Lambat kau sampai? Busy ke?"

Fahim yang berada di situ memberi ruang kepada Husna untuk duduk di sebelahnya.

Husna mengangguk. Punggung dilabuhkan. Anak matanya tidak menghiraukan tatapan tajam milik bekas teman lelakinya yang hanya memandang dirinya sejak dari tadi lagi.

"Tak busy pun. Tadi jalan sesak masa on the way ke sini. Mungkin sebab hari ini public holiday."

"You datang sorang je? Mana boyfriend kesayangan you tu? So betullah kan you ni sebenarnya single lepas kita breakup dulu?"

Mirza tersenyum sinis namun Husna hanya menayangkan riak kosong. Ya, itulah bekas teman lelaki Husna. Di sebelah lelaki itu terdapat seorang gadis yang juga memandangnya dengan pandangan tajam. 

Hmm, tak faham dengan dua orang ni. Husna sikit pun tak hairan dengan kehadiran mereka berdua. 

"Kalau aku single pun bukan menyusahkan kau."

Husna terus meneguk air putih di hadapannya agar dapat dapat mengawal debaran di dada. Sabar Husna, sabar. Kau datang sini bukan nak bergaduh.

Amir cuba untuk menenangkan keadaan apabila dia merasakan keadaan tiba-tiba menjadi tegang. Mirza ni pun satu hal juga. Tak habis-habis hendak menyakitkan hati Husna. 

"Husna, kitorang dah order makanan untuk kau. Yang pasti bukan ayam. Kau allergic dengan ayam kan?"

Husna mengangguk. "Thanks, Amir."

"Err, Husna, kau buat apa sekarang? Aku dengar cerita kau sambung master?" soal Izzah, sengaja ingin mengetahui keadaan gadis itu lebih-lebih lagi apabila Husna amat jarang menunjukkan diri di laman media sosial. 

"Emm, betullah tu. Tapi aku dah grad haritu. So aku plan nak kerja dulu sebelum aku sambung PhD nanti."

Mereka yang berada di situ mengangguk perlahan. Memang tidak dinafikan Miftahul Husna seorang yang sangat pintar dan rajin dalam kalangan mereka. Jadi tidak mustahillah gadis itu mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. 

"You ni boring. Daripada you sambung PhD, baik you cari teman hidup. Umur pun bukan makin muda, kan? Risau pula jadi andartu."

Mirza masih lagi ingin mencuba untuk membangkitkan kemarahan Husna. Hatinya sedikit terkejut apabila Husna tiada langsung tanda-tanda untuk membalas kata-katanya itu. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now