33

18.4K 760 11
                                    

Masa berlalu dengan pantas. Dalam tak sedar, usia kandungan Sufi kini sudah hampir mencecah enam bulan. Noah juga sudah berhenti mengalami alahan, tidak seperti di awal kehamilan Sufi dulu. Lelaki itu juga tidak pernah ketinggalan untuk menemani Sufi membuat pemeriksaan kehamilan di hospital pada setiap bulan. 

Sufi menghampiri Noah yang sedang duduk diatas sofa di ruang tamu sambil mengusap perutnya yang sudah semakin menampakkan bentuk. Sekeping brochure yang dipegang sejak dari tadi dihulurkan kepada lelaki itu. Dia kemudian melabuhkan punggung di sebelah suaminya sambil memeluk erat lengan milik Noah. Kepalanya pula dilentokkan ke atas bahu lelaki itu. 

"Abang, nanti kita berdua sign up kelas antenatal ni, nak tak?"

Noah meletakkan iPad di sisi lalu mengambil brochure tersebut. Dia kemudian membaca satu persatu isi kandungan broucher itu sambil mengangguk kecil. Kelas antenatal merupakan kelas yang memberikan pendidikan pranatal untuk bakal ibu bapa supaya mereka lebih bersedia sepanjang proses kehamilan dan juga selepas bersalin.

"Emm, boleh juga. Kandungan sayang pun dah nak masuk 6 bulan. Memang sesuai sangat kalau nak join waktu macam ni. Tapi ni bila? Kerja kat office makin banyak. Abang risau tak sempat join kelas ni." 

"Kelas ni dua hari je, abang. Kalau abang sibuk, kita boleh ambil kelas untuk hari Sabtu dan Ahad. Takkanlah weekend pun abang kerja juga?"

Sufi memuncungkan bibir sambil memeluk tubuh. Dia faham Noah semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Tapi inikan anak pertama mereka? Apa salahnya kalau Noah meluangkan masa sebentar untuk kelas ini? Ini pun untuk kebaikan masing-masing juga. 

Noah sudah pun tersengih apabila melihat bibir Sufi yang sudah mucung sedepa itu. Dia lantas mencium sekilas bibir itu lalu memeluk bahu Sufi sambil meletakkan dagu ke atas kepala isterinya itu.

"Abang tak kata pun yang abang tak nak pergi. Kalau macam tu, sayang pilihkan tarikh, boleh? Lepas tu bagitahu abang tarikhnya bila sebab abang nak kosongkan jadual abang untuk kelas tu. Kalau boleh masa tu, abang tak nak ada sesiapa pun ganggu kita."

Kata-kata Noah itu membuatkan Sufi kembali ceria. Makin erat dia memeluk pinggang suaminya itu. 

"Yeay, thank you abang! Kita pergi sama-sama tau!"

Sufi mengukirkan senyuman. Hidungnya sengaja diletakkan diceruk leher Noah sambil mengambil bau badan lelaki itu. Sejak akhir-akhir ini, dia amat gemar menghidu bau tubuh Noah lebih-lebih lagi sewaktu Noah selesai membersihkan diri. Wangi katanya padahal Noah tak ada pun memakai apa-apa perfume.

Mungkin inilah yang dikatakan sebagai penangan mengandung.

****

Setelah beberapa kali mengadakan pertemuan bersama Dato' Hassan, Noah dan Fawwaz masih lagi gagal untuk dapat persetujuan dari lelaki itu menjadi pelabur bagi projek syarikat mereka. Masing-masing buntu dibuatnya. Projek itu pula bakal bermula tidak lama lagi.

"Emm, macam mana ni, bang? Aku pening dah ni nak pujuk orang tua tu."

Fawwaz menghempaskan badannya ke atas sofa. Noah turut berbuat demikian. Dia kemudian menyilangkan tangan ke dada sambil mengemam bibirnya. 

"Aku pun dah pening ni. Aku tak faham apa yang dia tak puas hati dengan proposal kita sebenarnya."

Tiba-tiba, Fawwaz mendapat satu idea. Dia lantas menoleh ke arah Noah sambil mengukirkan senyuman segaris.

"Bang, hari tu kau ada cerita kat aku yang kelas antenatal kau kat yayasan tu,kan?"

Noah mengangguk sambil menunggu kata-kata dari Fawwaz. Hatinya mula dijentik rasa kurang senang dengan pertanyaan Fawwaz itu. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now