13

20.9K 914 13
                                    

Setelah menyiapkan barang-barang keperluan untuk aktiviti berkhemah ke dalam sebuah beg, Noah meletakkan beg tersebut di tepi katil. Baju yang ingin dipakai pula diletakkan di atas sofa. 

Noah merancang untuk merehatkan minda dengan melakukan aktiviti kegemarannya iaitu aktiviti berkhemah. Sengaja dia berbuat demikian sebagai 'self reward' setelah dia berhempas pulas menghadap kerja yang agak berat sepanjang beberapa hari ini.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke dalam bilik air, tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk perlahan.

Tok. Tok.

Pintu bilik itu dibuka dari luar dengan perlahan. Terangkat kening Noah sebaik sahaja dia melihat Sufi melangkah masuk ke dalam biliknya sambil memegang sebiji cawan. 

"Ada apa?" 

Sufi mempamerkan senyuman tipis. Dia kemudian menghulurkan cawan itu kepada Noah. 

"Emm, ni untuk kau."

"Kenapa?" Noah menyambut cawan itu dengan berhati-hati kerana permukaan cawan itu agak sedikit hangat ketika dia menyentuhnya. 

Manakala Sufi sudah pun tertunduk sambil jemarinya bermain sesama sendiri.

"Aku nak minta maaf."

Niat untuk melangkah ke bilik air dibatalkan. Noah kemudian berpatah balik lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Air yang dipegang tadi diletakkan ke atas sebuah meja kecil yang terletak berhampiran dengan sofa tersebut. 

"Minta maaf untuk apa?"

"Emm, sebab haritu kau kena marah dengan tokma dengan umi. Kau marahkan aku kan, sebab tu kau tak tegur aku lepas malam tu."

Sufi mencebik. Dia masih lagi bermain-main dengan jemari sambil menundukkan wajahnya. Tak berani untuk bertentang mata dengan lelaki di hadapannya ini. 

Noah pula sudah sembunyi senyum sebelum memalingkan pandangannya ke sebelah kiri. Nak berpura-pura garang di depan Sufi tapi rasa macam tak boleh. Rasa nak gelak aje apabila melihat wajah Sufi sekarang ini.

"Siapa kata aku marahkan kau?"

"Yelah, kau dah tak datang bilik aku untuk temankan aku tidur macam selalu."

Akhirnya Noah mengalah. Tak sampai hati pula rasanya bila melihat keadaan Sufi saat ini. Dah macam budak nakal kena marah dengan mak pula sebab balik rumah pada waktu maghrib.

Senyuman kecil terukir di wajah tampan itu. Tangan kanannya lantas menepuk perlahan tempat di sebelahnya, menyuruh Sufi untuk duduk di situ.

"Mari duduk sini."

Sufi menurut arahan itu lalu duduk di sebelah Noah. Noah mula memusingkan tubuhnya untuk menghadap gadis itu.

"Kau rasa kenapa aku marah kau? Takkan sebab kena marah dengan tokma aje?"

"Emm, sebab aku rahsiakan pasal trauma aku."

"Ha! Tau pun."

Sufi lantas mengangkat wajahnya lalu memandang Noah.

"Sorry, aku janji aku tak buat lagi." Katanya sambil mengangkat tapak kanan seperti gaya mengangkat sumpah.

Noah terus mengosok perlahan ubun-ubun gadis itu sambil mengukirkan senyuman tipis.

"Kau janji yang kau takkan rahsiakan hal-hal yang macam tu lagi? Hal trauma macam tu bukan hal yang patut dirahsiakan. Benda tu melibatkan nyawa. Samalah kalau kau ada sebarang alergik yang teruk."

"Hmm, aku tahu aku silap. Aku ingatkan aku dah okay tapi rupanya tak. Aku janji. Aku tak buat dah lepas ni."

Noah serta-merta mengukirkan senyuman sebaik sahaja mendengar janji gadis itu. Dia kemudian mengambil air yang diberikan kepadanya sebentar tadi lalu menghirup air tersebut. Wah, boleh tahan juga sedap air ni. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now