51

22.1K 745 40
                                    

Noah leka berbincang dengan Haris mengenai projek yang sedang berjalan ketika ini. Namun perbincangan mereka terganggu apabila mereka mendengar bunyi kecoh dari luar. Mereka berdua terpaksa memberhentikan perbincangan tersebut seketika. Noah memandang ke arah Haris dengan pandangan pelik.

"Apa yang kecoh sangat kat luar tu?"

"Tak sure, bos. Bunyi macam orang bergaduh je tu. Kejap, saya pergi tengok."

Haris mengangkat kedua bahunya sambil menutup kembali journal miliknya. Dia bingkas bangun untuk melihat apa yang sedang berlaku diluar bilik pejabat milik Noah itu. 

Noah hanya mengikuti Haris dari belakang tanpa berkata apa-apa. Dia dan Haris mengintai dari bilik itu untuk melihat apa yang sedang berlaku.

"Kan I dah kata, selagi you tak ada buat apa-apa appointment dengan Encik Noah, you tetap tak boleh jumpa dia!"

Mawar sudah pun memasamkan wajahnya. Kurang ajar betul perempuan yang berada depannya sekarang.  Dah lah baju sendat. Make up tebal. Tergedik-gedik pula tu. 

Eh, kenapa macam familiar pula ya?

"I tak perlu buat appointment pun untuk jumpa Encik Noah. Sekarang ni you just perlu bagitahu I, Encik Noah ada ke tak kat office dia?"

Bella menjeling tajam ke arah Mawar sambil menyilangkan tangan ke dada. Gedik betul perempuan ni. Beria sangat macamlah dia ni personal assistant Noah. Huh!

"Kenapa perlu tanya kalau you sendiri boleh call Encik Noah?"

"Sebab I call dia tak angkatlah I datang sini. You ni kenapa, hah?"

Noah memutarkan bebola mata sebaik sahaja melihat Bella yang sedang bertikam lidah dengan Mawar. Pintu bilik itu terus dibuka. Noah kemudian berdehem dimuka pintu. 

Haih, kedua-dua perempuan ni memang benar-benar merimaskan dia.

"Noah..."

Meleret suara Bella memanggil nama Noah apabila melihat lelaki itu yang memerhatikan mereka berdua. Mawar hanya mencebik ketika mendengar suara gedik perempuan itu. Takkan lah perempuan ni wife Noah?

"Bella, masuk! Mawar, awak boleh sambung kerja awak. Pastikan report tu siap dan hantar kepada Haris sebelum pukul lima nanti."

Noah terus memalingkan tubuhnya lalu masuk kembali kembali ke dalam bilik pejabatnya. Dia kemudian duduk diatas kerusi sambil melonggarkan sedikit tali leher. Dia turut memberi isyarat kepada Haris supaya beredar dari situ.

"Apa yang you nak? I dah cakap kan, you tak perlu datang sini pun?"

Bella menjuihkan bibirnya. Garang betul Noah ni. Dia dahlah baru sampai. Penat bertikam lidah dengan Mawar tadi pun tak hilang lagi.

"I nak melawat you pun tak boleh ke? Dahlah I tak selalu jumpa you."

"Kerja you dah siap?"

Bella terdiam. Noah ni pun tak relax. 24 jam asyik fikir pasal kerja je.

"Better you balik. I tak nak ada projek tergendala disebabkan you yang suka curi tulang."

Bulat mata Bella apabila mendengarkan kata-kata Noah. Sejak bila Noah dah pandai tuduh dia curi tulang pula ni? Padahal dia sudah pun menyelesaikan hal kerjanya sebelum bertolak ke Melaka.

"Sampai hati you tuduh I curi tulang. I dah siapkan sebelum I datang sini. I rindu you. Salah ke kalau I nak jumpa you?"

"Sekarang you dah jumpa kan? So you dah boleh balik. I busy. Tak ada masa nak layan you."

Bella terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Dia menyilangkan tangannya ke atas dada sambil memandang ke arah Noah dengan pandangan tajam.

"Nope. I akan duduk sini sampai you habis kerja."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now