17

20.2K 874 41
                                    

Kini sudah hampir seminggu Sufi dan Husna memulakan tugas sebagai sukarelawan di Yayasan Permata. Sebuah yayasan yang menempatkan anak-anak miskin dan yatim piatu di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

"Finally dapat pun duduk."

Sufi menghela nafas lelah sambil labuhkan duduk. Akhirnya dapat juga berehat setelah hampir setengah hari bertugas sebagai tenaga pengajar di sini. Kebetulan sekarang sedang berlangsung cuti sekolah selama sebulan. Jadi pihak yayasan membuat keputusan untuk melangsungkan program pendidikan untuk anak-anak disini untuk mengisi masa lapang mereka.

"Kau macam mana hari ni? Okay ke?" soal Husna sambil bersiap sedia untuk menjamah makanan yang sudah pun terhidang di hadapannya. 

"Emm, not bad. Nasib baik aku ikut kau. Kalau tak, mati kutulah aku kat rumah tu. Nak kerja tapi si Noah tu kata tak payah pula."

"Yelah, sebab dia tak nak wife dia susah payah buat kerja. Lagipun CEO kot. Takat nak tanggung kau tak ada masalah pun."

Sufi segera menyiku lengan Husna. Husna mengerutkan dahi sambil menggosok lengannya itu. Tajam betul siku makcik ni.

"Betullah apa yang aku cakap kan?"

Sufi hanya menjuihkan bibirnya.

"Alah, dia tak nak kena marah dengan tokma je. Dia bukan kisah sangat dengan aku. Dulu kan dia kena marah teruk dengan tokma. Tak nak pisang berbuah dua kali la tu."

"Ish, kau ni. Dari haritu lagi tau. Allah tu yang membolak-balikkan hati, Sufi. Kita mana tahu perasaan dia macam mana. Mana tahu, dalam dia sebenarnya dia pun ada perasaan kat kau. Kau jangan putus asa,okay?"

"Eh kau ni. Melalut ke situ pulak."

Husna tergelak. Sufi turut ketawa sama. Husna menghabiskan kunyahan yang terakhir sebelum dia bangun kembali dari tempat duduknya. 

Sufi mula memandang sahabatnya itu dengan pandangan pelik. Eh? Sekejapnya makan? Nak kata dah habis, Sufi melihat masih ada banyak lebihan nasi yang ditinggalkan oleh Husna.

"Una, kau nak pergi mana pula ni? Nasi tu tak habis pun lagi."

"Haha. Aku lupa yang aku dah janji dengan uncle nak jumpa dia tengahari ni. Aku pergi kejap tau. Kau tunggu je aku kat sini."

Sufi mengangguk tanda faham. Anak matanya memerhatikan langkah Husna yang sudah pun beransur hilang dari pandangannya sebaik sahaja gadis itu masuk ke dalam bangunan itu.

Sufi menjamah kembali makanannya sambil ibu jarinya ligat scroll tiktok. Tiba-tiba, terdapat suara gurau dari arah belakang yang datang menegur dirinya membuatkan Sufi terkejut kecil.

"Hai, sorang aje ke?"

Tegur lelaki itu sambil membetulkan lipatan lengan bajunya.

Sufi hanya mempamerkan senyuman segaris di bibir. Sikit lagi nak tersedak. Tak boleh ke bagi hint awal-awal bila nak tegur orang?

"Oh, doktor rupanya. Doktor dah lunch ke?"

Nu'man Hakim membalas senyuman itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil memandang ke arah Sufi.

"Dah baru tadi, tak payahlah berdoktor-doktor. Kat sini bukannya hospital."

Sufi hanya mengangguk. Suasana menjadi senyap seketika. Dia menyambung menjamah makanannya tanpa mempedulikan Nu'man. Sufi bukanlah peramah seperti Husna yang suka beramah mesra walaupun dengan orang yang tidak dikenali.

Tak lama selepas itu, telefon Sufi berdenting menandakan ada whatsapp masuk. Gadis itu segera membuka mesej whatsapp lalu membacanya.

Assalamualaikum, so hari ni macam mana? Okay ke? Kalau tak okay, saya boleh ambil awak sekarang.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now