23

19.2K 863 26
                                    

Noah bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. Lega rasanya apabila mesyuarat petang itu sudah pun berakhir. Mujurlah ianya tidak mengambil masa yang lama.

Fawwaz menghampiri Noah lalu menepuk perlahan bahu sepupunya itu.

"Kau okay ke tak ni? Asal macam stress sangat je aku tengok?"

Noah merenung ke arah Fawwaz. Satu-satunya insan rapat yang dia ada untuk meluahkan segalanya.

"Aku terfikirkan Sufi. Aku tak tahu apa salah aku, tapi sejak lunch tadi dia macam bad mood . Cakap pun tak pandang aku. Macam ada something wrong tapi aku tak tahu apa benda."

Fawwaz tergelak kecil. Sejak dua menjak ni dia selalu menjadi tempat luahan perasaan Noah padahal dirinya je masih lagi bujang.

"Janganlah gelak. Aku serius ni."

Noah menjeling geram apabila Fawwaz makin galak mentertawakan dirinya. Fawwaz ni pun satu hal juga. Orang minta nasihat bukannya suruh gelak. Tak support abang sendiri langsung!  

"Okay, okay. Aku tak gelak. Tapi Sufi tak cakap apa-apa ke?"

Noah menggeleng lemah. 

"Kalau dia ada cakap, tak adalah aku bercerita kat kau. Alah kau ni pun. Dahlah, malas aku nak cerita lagi."

"Haha! Sorry, sorry. Kalau dah macam tu, kau terus terang je lah dengan dia. Tanya dia apa yang dia tak puas hati ke apa ke. Communication tu penting. Kalau kau terus fikir macam ni lepas tu buat assumption sendiri, bukan ke itu buatkan hubungan korang jadi lagi keruh? Umi pun dah pesan laki bini tak baik gaduh lama-lama."

Ya, itu yang umi mereka pesan ketika malam pertama Noah dan Sufi bergelar sebagai suami isteri. Tapi itulah, dirinya pun tak terkecuali dari kena ceramah oleh umi mereka. Alasan umi, biar Fawwaz ni beringat sikit sebab Fawwaz suka buat-buat lupa akan pesanan uminya. 

Noah mengeluh lagi. Susah juga nak pujuk hati seorang wanita bernama isteri. Merajuk tapi tak pasti merajuk pasal apa. Bila ditanya tak jawab pun. 

Kalau dia ada kuasa untuk baca fikiran orang tak apa la juga. Hmm...

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Noah lantas melihat nama yang tertera si skrin telefonnya sambil mengerutkan dahinya. Umi?

"Hello, Assalamualaikum umi. Kenapa ni?"

Jawapan dari uminya membuatkan dia terkesima. Telefon yang dipegangnya juga hampir terlepas dari genggaman.

"Eh, kau ni kenapa Noah?"

Noah memandang ke arah Fawwaz. Matanya sudah mula berkaca-kaca seperti menahan tangis.

"Tokma masuk hospital!"

Fawwaz membeliakkan matanya.

"APA?!!"

****

Noah melepaskan lelah sambil tercungap-cungap setelah berlari menuju ke wad kecemasan. Dia melihat uminya sedang menunggu di luar wad dengan wajah yang gelisah sambil ditemani oleh Sufi.

Sufi yang perasan akan kehadiran Noah segera mendapatkannya.

"Awak, tokma still kat dalam lagi."

Noah mengangguk kecil sambil memegang lembut lengan isterinya. Fawwaz pula hanya mencekak pinggang apabila mendengar kata-kata Sufi.

"Noah, Fawwaz. duduk dulu. Doktor tengah check tokma kamu."

Fawwaz mengambil tempat di sebelah kiri Aliyah manakala Sufi memimpin tangan Noah lalu menyuruh suaminya itu duduk di sebelah kanan ibu mertuanya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now