44

18.1K 777 16
                                    

Angin pantai yang bertiup lembut itu membuatkan tudungnya terbang melambai-lambai. Sesekali wanita itu tersenyum sambil menahan bahagian belakang tudungnya agak tidak terselak. Dia menapak sedikit demi sedikit ke arah pantai sehingga jari kakinya menyentuh gigi air itu.

Kini, trauma  terhadap sungai mahupun pantai yang dia alami sejak dulu sudah pun berkurangan walaupun pada dasarnya rasa trauma itu masih lagi bersisa dan belum pulih sepenuhnya. Tapi sekurang-kurangnya, dia mampu untuk menghampiri kawasan berair seperti sekarang tanpa perlu menghadapinya dengan rasa gemuruh.  

Tidak jauh dari tempat dia berdiri, dia melihat seorang lelaki mungkin suami sedang mendukung isterinya dengan gaya piggyback sambil perlahan-lahan berjalan ke tengah pantai. Perlahan-lahan Sufi mengukirkan senyuman. Lantas fikirannya terimbas kembali kenangannya suatu ketika dahulu. 

"Wah! Lawanya. Dah lama tak pergi sampai dah tak ingat macam mana rasa duduk tepi pantai."

Sufi tersenyum riang. Matanya masih lagi terpaku ke arah pantai. Seronoknya!

"Sayang ada trauma dengan laut jugak ke?"

Noah sesekali memandang Sufi melalui ekor matanya. Hatinya turut gembira apabila melihat senyuman manis itu terlakar diwajah polos itu.

"Emm, sebab tu Sufi tak berani nak datang dekat. Setiap kali datang ke pantai, Sufi cuma duduk kat bawah pokok je. Jealous tau tengok along berseronok mandi kat pantai."

Noah mengangguk perlahan. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea.

"Sayang, nak tak pergi dekat pantai tu?"

Lantas Sufi menggeleng laju. Gila apa? Kalau dia pengsan lagi macam mana?

"Takpelah. Takut nanti pengsan lagi. Abang ni pun. Dah dua kali kan Sufi jadi macam tu. Takkan abang tak ingat?"

Noah tersengih lalu terus duduk mencangkung dihadapan Sufi sambil tangan kanannya naik menepuk  bahagian belakang badan. Memberi isyarat kepada Sufi supaya naik ke atas belakang badannya.

"Here,sayang. Naik sini. Biar abang dukung sayang dan bawak sayang ke sana."

"Err, takpe ke? Tapi Sufi takutlah,abang."

"It's okay. Jangan risau. Just put your trust on me. Sayang boleh peluk abang kuat-kuat kalau sayang takut."

Pada mulanya Sufi teragak-agak untuk naik  ke atas belakang Noah namun melihatkan Noah yang bersungguh hendak dia berbuat begitu, maka dia menurut sahaja arahan suaminya.

Dia mula memanjat belakang Noah sambil memeluk leher Noah dengan erat. Dia memejamkan mata sebaik sahaja Noah mula berdiri.

"Are you ready?"

Sufi mengangguk perlahan namun matanya masih lagi terpejam rapat. Takut punya pasal. Kalau Noah terlepas macam mana?

Sebaik sahaja memastikan Sufi berada dalam keadaan selesa, dengan lafaz bismillah, Noah mula melangkah sambil kedua belah tangannya menahan punggung Sufi dibelakang.

Tak lama kemudian, dia menghentikan langkahnya.

"Sayang, tengok ni. Cantikkan?"

Sufi perlahan-lahan membuka matanya sambil tangannya masih erat memeluk leher suaminya. Sesaat dia mengukirkan senyuman. Subhanallah! Lawanya pemandangan laut dihadapannya sekarang!

"Sayang, cuba sentuh air kat bawah ni dengan kaki sayang. Sikit pun takpe."

Sufi mula menyentuh air dengan hujung jari kakinya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now