49

19.9K 731 36
                                    

Noah berdehem dimuka pintu bilik Sufi sambil memandang ke arah Aira yang sedang duduk disisi Sufi. Aira yang seakan faham terus datang menghampiri Noah.

"Emm, saya balik dulu. Saya dah siapkan bubur nasi untuk Sufi. Kalau Sufi nak makan, tinggal panaskan je."

"Baik. Terima kasih ya, Noah. Maaf menyusahkan awak lagi. Ni nak terus balik ke? Dah lewat sangat ni."

Noah mengangguk perlahan sambil mengerling ke arah jam tangannya. 

"Esok saya ada meeting awal pagi. Lagipun saya tak ada baju extra." Noah jeda sebentar sebelum menyambung bicaranya. 

"Sorry, saya tahu awak tengah mengandung tapi saya nak minta tolong sesuatu, boleh tak?"

Aira mengangkat kedua keningnya.

Suara Noah yang semakin lama semakin tenggelam itu menyukarkan Sufi untuk mendengar tiap bait kata lelaki itu. Dia bukannya lena sangat pun. Sekadar melelapkan mata sebab nak mengelak dari Noah. Itu je.

"Okay. No hal. Small matter je tu. Masuklah jumpa Sufi dulu sebelum balik."

Noah menjengul kepalanya dari muka pintu bilik, memandang ke arah Sufi yang sedang tidur sambil mengiring. Langkah dihanyun menghampiri wanita itu lalu diusap kepalanya  sambil membisikkan sesuatu.

"Get well soon. Jangan skip makan ubat."

Tanpa membuang masa, Noah meminta izin untuk pulang. Lagi pula, sekarang jam menunjukkan hampir pukul satu pagi. Dia perlu beredar segera kerana mempunyai mesyuarat pada seawal jam lapan pada keesokkan hari.

Setelah Noah meninggalkan rumah itu, Aira segera ke dapur untuk mengambil semangkuk bubur buat Sufi. Aira kemudian menghampiri Sufi yang seperti tidur-tidur ayam itu. Mangkuk itu diletakkan ke atas meja kecil berhampiran dengan katil milik Sufi. 

"Kau dah boleh bangun, Sufi. Dia dah balik dah pun. Aku tahu kau pura-pura tidur sebab nak mengelak dari dia, kan?"

Sufi membuka matanya perlahan-lahan lalu menyandarkan badannya dikepala katil. Dia kemudian tersengih. Tajam juga penglihatan Aira ni. 

"Nah, makan bubur ni. Laki kau yang masak ni. Makan sikit lepas tu boleh makan ubat pula."

Sufi mendiamkan diri. Mangkuk yang berada ditangan Aira kini telah beralih ke tangan Sufi. Terasa seperti matanya juga sudah mula membahang. 

Noah yang masak bubur ni? Setahunya Noah mana reti masak bubur. Dia cuma reti masak benda-benda instant je, contohnya maggi. Adalah sekali dia buat beef steak. Tu pun mereka terpaksa order mcd selepas itu sebab masih lagi kelaparan.

Sufi mengigit bibirnya. Tanpa dia sedar, air matanya menitis namun cepat sahaja dia menghapuskan air mata itu. 

Aira hanya mengukirkan senyuman segaris. Tangannya naik mengusap lembut bahu kawannya itu. 

"Jangan lupa habiskan bubur tu tau. Tu lah salah satu cara untuk kau appreciate effort dia. Kesian dia sampai berbalut jari. Padahal masak bubur je."

Aira tersengih. Noah pun satu. Padahal dia boleh je tolong masakkan bubur untuk Sufi. Tapi lelaki itu masih berdegil untuk masak sendiri. Alasannya tak mahu menyusahkan Aira yang sedang berbadan dua. Dan akhirnya Aira cuma menjadi pemerhati sepanjang Noah memasak.

Eh, sama lah laki bini ni. Dua-dua degil. Patutlah jodoh.

Sufi pula cuba untuk sembunyi senyum sambil menghirup bubur itu. Sejak pulang dari hospital tadi, selera makannya makin membaik. Tekak pun dah kurang peritnya, memudahkan dia untuk menikmati bubur itu.

"Kau rehatlah dulu. Jangan memandai nak sambung buat thesis kau tu pula."

Sufi menggulingkan matanya. Aira ni selagi tak puas hati selagi itulah dia akan membebel tanpa henti. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now