45

20K 754 22
                                    

Bella memandang rumah mewah itu sambil tersenyum. Kali ini dia tekad untuk mengambil hati Puan Sri Asma dan juga Aliyah. Mana tahu, setelah itu Noah boleh berlembut hati untuk menerima dirinya.

Dia kemudian melangkah menuju ke halaman rumah itu, tempat yang sering menjadi tempat berkumpul Noah sekeluarga.

Bella mengukirkan senyuman apabila melihat kelibat Puan Sri Asma yang sedang berdiri ditepi kolam itu sambil berbual melalui telefon dengan mode pembesar suara. Baru sahaja dia hendak melangkah, dia terdengar nama Noah disebut oleh Puan Sri Asma.

"Kau rasa betul ke apa yang kita rancang sekarang ni?"

"Kenapa? Kau tak yakin ke?"

Kini Puan Sri Asma mengambil tempat diatas kerusi sambil menyilangkan kakinya.

"Entahlah, cuma aku risaukan mereka berdua. Aku risau kalau-kalau apa yang kita rancang ni akan melukakan lagi hati masing-masing."

Puan Asma mengeluh kecil.

"Noah cucu aku. Aku tahu dan faham perasaan dia. Jadi aku rasa tak salah kalau kita satukan mereka berdua melalui cara ini. Kau pun tahu perasaan masing-masing macam mana."

Bella mengerutkan dahi. Dia berdiri disebalik pohon yang mempunyai daun yang agak lebat menyebabkan tiada sesiapa pun yang perasan akan kehadirannya disitu.

"Baiklah. Aku cuba yang mana yang aku mampu. Nanti apa-apa aku beritahu kau semula."

"Terima kasih, Hassan sebab buat semua ini untuk cucu aku."

"Mereka berdua tu aku dah anggap macam cucu aku sendiri, Asma. Kau janganlah risau. Insyaallah semua ini akan berakhir tak lama lagi."

"Insyaallah. Itulah yang aku harapkan."

Tak lama kemudin panggilan itu dimatikan. Puan Sri Asma terus melangkah masuk ke dalam rumah. Manakala Bella mengetap bibirnya sambil mengepal penumbuk disisi.

Tanpa membuang masa, dia terus mendail nombor seseorang sambil mendengus kasar.

"Hello, Noah. You kat mana sekarang ni? I nak jumpa you, boleh tak?"

Kedengaran suara kemalasan Noah dihujung panggilan itu.

"Emm? Kat Melaka la mana lagi. I kerja. Takkan you tak tahu kot?"

"Kerja ke dating?"

Bella senyum sinis. Patutlah sejak akhir-akhir ni Noah jarang berada dirumah. Entah-entah, projek di Melaka tu cuma alasan untuk lelaki itu mengelakkan diri daripadanya.

"Apa yang you merepek ni? Dahlah I malas nak layan you."

"I tak merepek. You sendiri kata kat I yang you tak boleh move on dan pintu hati you dah pun tertutup untuk sesiapa pun tapi boleh pulak you pergi blind date jauh sana tu."

"I tak tahu you mengarut pasal apa. Apa yang penting, jangan ganggu I sebab weekend untuk I berehat. I tak nak ada gangguan dari sesiapa."

Belum sempat Bella membalas, Noah terus mematikan panggilan tersebut. Bella menghentak perlahan kakinya. Geram dengan sikap endah tak endah lelaki itu.

"Ish! Tak guna punya jantan!"

"Ish! Tak guna punya jantan!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now