34

17.8K 797 17
                                    

Semenjak daripada peristiwa itu, hubungan Sufi dan Noah sudah menjadi semakin renggang. Tiada lagi tawa manja dari Sufi. Tiada lagi gurau senda dari Noah. Semuanya seakan sibuk melayan perasaan masing-masing.

Noah mengeluh. Dia tahu salahnya juga apabila tidak melawan kata-kata Dato' Hassan tempoh hari tapi dia tidak mahu disebabkan hal peribadi, syarikatnya akan terjejas.

Namun kini hubungan dia dan isterinya pula yang bermasalah. Sampai sekarang mereka masih belum bertegur sapa semenjak dari peristiwa tempoh hari.

Noah menghampiri Sufi yang sedang bersiap sedia untuk tidur. Tanpa sebarang suara, dia mengambil kaki Sufi lalu memicitnya dengan perlahan. Inilah rutin Noah sejak Sufi sudah mula sarat mengandung. Isterinya itu seringkali mengadu tentang kakinya yang mudah lenguh apabila kandungan sudah menginjak enam bulan. Oleh itu, setiap malam sebelum tidur sudah pasti Noah akan mengurut kaki Sufi sehingga isterinya terlelap.

Usai memicit, Noah lantas mengusap perut Sufi yang bulat itu sambil membisikkan sesuatu.

"Baby, mama marahkan papa lagi ke? Mama dah tak sayangkan papa lagi ke?"

Sufi menelan perit liurnya dalam diam. Bibirnya bergetar kerana cuba untuk menahan diri daripada menangis. Tiba-tiba terasa sebak pula apabila mendengarkan kata-kata Noah itu.

"Baby, cakap dengan mama, papa minta maaf. Janganlah marahkan papa lagi. Papa rindukan mama." tutur Noah lagi apabila masih lagi tiada respons dari isterinya itu.

Noah melepaskan keluhan kecil. Sufi masih lagi enggan bercakap dengan dirinya hingga ke saat ini. Jasadnya ada tapi hati entah hilang ke mana. Entah apa lagi yang dia perlu lakukan untuk memujuk hati isterinya ini.

"Baby jangan nakal-nakal ya. Kesian nanti mama penat. Papa sayang mama dan baby sangat-sangat. Good night. Assalamualaikum."

Noah menarik selimut lalu menutup sebahagian tubuh isterinya yang sedang berbaring itu. Dia kemudian mengusap lembut kepala Sufi tanpa berkata apa-apa lalu melabuhkan sebuah kucupan ringkas di atas dahi wanita itu. Manakala Sufi hanya memejamkan mata tanpa menghiraukan perbuatan Noah ke atas dirinya.

Sebaik sahaja Noah meninggalkan bilik itu, Sufi terus menangis tanpa suara sambil mengemam bibirnya. Selimut ditarik sehingga menutup hampir sebahagian wajahnya. 

"Mama pun sayangkan papa sangat-sangat. "

Sebelah tangan Sufi mengusap perutnya dengan perlahan sambil menangis teresak-esak. Hati kata rindu, tapi apakan daya ego lebih menguasai diri. 

****

Kak Seri memandang pasangan itu dengan wajah yang ceria. Dia ingin melangkah ke arah mereka berdua namun cepat sahaja Noah mempercepatkan langkahnya ke arah Kak Seri yang sedang sarat mengandung. Tinggal tunggu masa hendak bersalin sahaja.

"Ya Allah, kak. Hati-hati. "

Noah mendapatkan beg yang dijinjing oleh Kak Seri. Perutnya sudah semakin sarat tapi Kak Seri masih lagi aktif seperti selalu. Risau dibuatnya. 

"Terima kasih, Noah, Sufi sebab tolong akak. Minta maaf sebab dah menyusahkan korang berdua. Abang Malik tiba-tiba ada hal emergency. Mujurlah ada korang berdua."

"Tak apalah kak. Sikit je ni. Dah alang-alang kitorang nak datang sini juga."

Sufi memimpin tangan Kak Seri manakala Noah sudah pun siap sedia menahan pintu lif untuk kedua-dua wanita mengandung itu.

"Akak dah buat check up dengan doktor ke?" Soal Noah. Butang lif ditekan sambil menunggu pintu lif itu ditutup. 

Kak Seri mengangguk.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now