37

16.5K 745 84
                                    

"This is your office."

Noah menunjukkan sebuah bilik yang selama ini Bella gunakan sebagai tempat bekerja.

"I kerja sini? Satu office dengan you?"

Noah hanya mengangguk tanpa memandang wajah Bella. Anak matanya memandang sekeliling sambil memeriksa keadaan bilik tersebut. Mana tahu kot-kot ada lampu mati ke, aircond rosak ke, mana tahu kan? Bilik ni pun dah lama ditinggalkan gara-gara Bella terpaksa berehat dalam jangka masa yang agak lama.

"So, I rasa you dah boleh start kerja sebab kesan cedera you pun dah makin pulih. MC yang doktor bagi you tu pun dah nak habis."

Bella memandang sekeliling. Walaupun kecil tapi masih lagi nampak kemas. Rasa macam tak percaya je yang dia kini bekerja satu office dengan Noah.

"Is it okay untuk I terus masuk kerja? I bimbang I tak boleh catch up kerja-kerja yang I dah lama tinggalkan. Especially yang I ni still amnesia."

"Don't worry. You boleh start dengan kerja yang simple dulu. I dah serahkan kat your staff untuk handle mana-mana part yang complicated. Slow-slow je. Jangan paksa diri you tu."

Bella mengangguk tanda faham.

"Alright. So I tinggalkan you kat sini dulu since I ada meeting kejap lagi. Hopefully esok you dah boleh start bekerja."

"Alright. Thanks, Noah."

Noah hanya menayangkan senyuman tipis lalu beredar meninggalkan bilik itu.

Bella melangkah masuk lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu dan menyilangkan kakinya. Sebuah senyuman sinis terukir disebalik wajah itu.

Sufi mengukirkan senyuman sebaik sahaja tiba dihadapan bilik Noah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sufi mengukirkan senyuman sebaik sahaja tiba dihadapan bilik Noah. Hari ini dia sengaja datang ke office kerana ingin melawat Noah sambil menemani lelaki itu untuk makan tengahari bersama.

Niatnya yang ingin menunggu si suami didalam bilik terbantut apabila melihat satu susuk tubuh yang sedang duduk diatas sofa sambil menyilangkan kaki. Tangannya pula memegang telefon miliknya sambil ligat scroll sesuatu diatas skrin telefon itu.

Serta-merta air muka Sufi berubah. Perempuan ni tunggu Noah juga ke?

Bella mendongak lalu melemparkan senyuman apabila menyedari ada seseorang yang sedang tercegat berdiri dimuka pintu bilik Noah.

"Yes?"

Sufi menelan liurnya sambil mencuba untuk mencari kekuatan.

"Ke-kenapa you ada kat sini?"

Bella menjungkitkan keningnya. Hairan dengan soalan yang diajukan kepadanya. Salah ke dia nak tunggu tunang sendiri kat sini?

"Apa maksud you? Ni office tunang I, I tengah tunggu dia habis meeting. Kami dah janji nak lunch sama-sama."

Sekali lagi hati Sufi terguris. Apa hak perempuan ni nak keluar lunch dengan suaminya?

"He's not your fiance."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now