41

19.2K 830 86
                                    

Husna memegang erat tangan sahabat baiknya itu. Sayu hatinya apabila melihat Sufi kini tidak seceria dulu. Kata Sarimah, Sufi sekarang lebih gemar mengurungkan dirinya didalam bilik dan hanya keluar ketika perlu sahaja. Dia juga lebih suka termenung ketika bersendirian sehingga kadang-kadang mengalirkan air mata.

"Kau yakin dengan apa yang kau buat ni?"

Sufi mengangguk perlahan. Tangannya menggenggam erat tangan Husna seolah-olah meminta sedikit kekuatan untuk dirinya.

Dua hari lalu Sufi telah menerima surat tawaran untuk menyambung pengajian diperingkat PhD sepenuh masa. Ianya merupakan salah satu impiannya sebelum dia berkahwin. Tanpa berfikir panjang, dia terus sahaja menerima tawaran tersebut dan kelas bakal bermula pada minggu depan.

"Betul. Aku dah tekad, Una. Kau pun tahu ini impian aku, kan?"

Husna menjatuhkan kepalanya. Dia juga tahu itu adalah salah satu impian Sufi dan akhirnya impian itu bakal terlaksana tak lama lagi.

"Bila kau bertolak?"

"Esok pagi."

"Kau... dah bagitahu suami kau?"

Sufi mendengus kasar sambil melepaskan genggaman tangan tadi. Kenapa semua orang masih lagi menyebut tentang lelaki itu? Yang teraniaya sekarang adalah dirinya, bukan Noah! Kenapa tak ada seorang pun faham apa yang dia rasa sekarang ini?

Melihatkan tiada jawapan daripada Sufi,maka tahulah Husna bahawa sahabatnya itu tidak pernah memberitahu malah membincangkan hal ini dengan Noah.

"At least, kau bagitahu lah dia sebelum kau pergi. Kau masih isteri dia."

Husna membelai lembut rambut sahabatnya itu. Dia melihat ada air mata terbit diterbit mata Sufi. Lalu dia menyeka air mata yang hampir gugur itu dengan ibu jarinya.

"Aku doakan kau dipermudahkan segala urusan. Jaga diri baik-baik. Dulu aku boleh tengokkan kau, tapi sekarang tak lagi. Kau bagitahu la suami kau, at least dia boleh jaga kau nanti."

"Buat apa, Una? Untuk tambahkan lagi luka kat hati aku ni? Dia yang minta, aku cuma tunaikan."

"Sufi..."

Sufi melemparkan pandanganya ke arah luar tingkap. Pilu rasanya apabila dia mengingat kembali peristiwa itu.

"Aku keluar dulu. Jaga diri kau. Aku sayangkan kau. Kalau pun tak ada yang menyayangi kau, aku tetap akan berada disisi kau."

Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya gugur. Husna kemudian melangkah keluar dari bilik Sufi sambil melepaskan keluhan. Semua mata yang berada diruang tamu itu menumpukan perhatian kepadanya.

"Sufi okay ke?"

Husna membalas soalan Fawwaz itu dengan anggukan lemah. Dia kemudian mengambil tempat disebelah lelaki itu.

"Okay je. Cuma dia ada bagitahu, yang dia dah terima offer untuk sambung PhD."

Noah mengukirkan senyuman pahit. Remuk hati lelaki itu apabila mendengarkan kata-kata Husna. Sambung PhD? Kenapa sebelum ini Sufi tidak pernah berbincang akan hal ini dengannya? Kenapa seolah-olah nampak seperti Sufi mahu melarikan diri daripadanya? Benci sangatkah wanita itu akan dirinya?

Fawwaz menepuk bahu sepupunya itu. Menghulurkan sedikit kekuatan kepada lelaki itu untuk terus gagah menghadapi ujian ini.

"Noah, saya harap awak izinkan dia pergi. Itu impian dia, untuk sambung PhD."

Noah cuba menahan air matanya daripada gugur. Impian Sufi? Kenapa dia tak pernah tahu akan hal itu?

Sarimah dan Hakimi hanya memerhatikan tingkah lelaki itu. Sepertinya dia pun sudah berputus asa untuk menghadapi semua ini.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now