50

23.7K 800 30
                                    

Masuk kali ini entah kali ke berapa dia mengintai jendela itu. Apalah yang lama sangat diborakkan oleh dua ketul tu. Siap bergelak ketawa lagi. 

Sufi tak senang duduk sejak dari tadi. Tak. Dari semalam sebenarnya sejak Aira memaklumkan kepadanya yang dia hendak pulang ke kampung kerana ingin menghadiri kenduri kahwin. Tetapi Aira tidak mahu meninggalkan Sufi dirumah seorang diri.

Hal ini kerana sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kes pecah rumah yang telah berlaku dikawasan rumah mereka menyebabkan Aira sangat bimbang untuk membiarkan Sufi keseorangan.

Sudahnya, Aira menghubungi Noah supaya menemani dirinya selama seminggu. Ish, dia punyalah nak mengelak dari lelaki itu. Tiba-tiba pula kena duduk berdua. Seminggu pula tu. Lamanya!

Aira yang berada dihalaman rumah kembali menghayun langkahnya hingga ke muka pintu utama. Noah turut mengikuti Aira dari belakang sambil menjinjing sebuah beg kecil disisi. Sufi segera mendapatkan Aira tanpa sedikit pun memandang wajah Noah. 

"Sufi, aku pergi dulu. Laki aku dah sampai tu."

Sufi memeluk tubuh Aira.

"Yelah. Jaga diri baik-baik. Jangan lasak sangat."

"Ye... Kau tu pun. Dah duduk sama-sama dengan laki kau tu jangan pula nak bergaduh."

Pap!

Lengan kecil itu ditampar perlahan. Sufi memincingkan matanya ke arah Aira yang sudah pun tersengih-sengih. Sufi turut melihat Noah dari ekor matanya yang sedang mengemam bibirnya bagaikan cuba untuk menahan gelak.

Aira jahat ya. Suka sangat sakat dia!

"Noah, masuklah. Bawak beg tu sekali. Saya dan suami pergi dulu."

Noah mengangguk. Dia kemudian melambai-lambai Aira dan suaminya sehingga kereta yang dinaiki mereka berdua hilang dari pandangan.

Suasana kini menjadi sunyi sepi. Masing-masing diam membisu. Tidak tahu hendak mula dari mana. Rasa macam ada cengkerik pula kat dalam rumah ni.

Tiba-tiba, perut Noah berbunyi. Lupa yang dia masih tidak menjamah sebarang makanan sebelum bertolak dari KL. Selepas saja selesai mesyuarat bersama staff, dia terus bergegas memandu ke Melaka.

Maklumlah, dirinya terlalu teruja untuk bertemu dengan isteri sampai terlupa langsung nak makan!

Sufi sudah sembunyi senyum. Dia kemudian memalingkan tubuhnya lalu melangkah menuju ke bahagian dapur. Sebelum meninggalkan Noah, sempat lagi dia menitipkan pesanan buat lelaki itu.

"Rumah ni kecil je, cuma ada dua bilik tidur. Lagi satu tu bilik Aira. So, beg awak tu boleh letak dalam bilik saya."

Noah mengangguk kecil. 

"Lepas letak beg, boleh mandi dulu. Kalau nak makan, ada nasi sikit dengan lauk kat dapur tu."

Noah hanya mempamerkan senyuman tipis. Dia menjinjing begnya lalu masuk ke dalam bilik Sufi. Tidak mahu bertanya banyak, nanti tak pasal-pasal kena marah. Sufi ni dahlah garang sejak dah lama tak berjumpa.

Selesai mandi dan menunaikan solat, Noah terus meluru ke dapur. Lapar sangat sampai perutnya mula terasa pedih.

Sesampainya di dapur, dia melihat makanan sudah pun siap terhidang. Tapi cuma ada satu pinggan. Sufi tak makan sekali ke? 

Tiba-tiba rasa sedih mula bertandang di hati. Dia fikir dapatlah juga dia menikmati makan malam bersama-sama dengan isterinya bagi melepaskan rindu. Namun, semua itu hanyalah angan-angan semata.

Tanpa membuang masa, Noah mencedok nasi lalu mula menjamah. Sedang dia menjamah nasinya, tiba-tiba dia melihat Sufi lalu di belakang dan membuka pintu peti sejuk.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now