36

18.7K 814 75
                                    

"Later I nak report tentang project ni. Make sure semuanya settle by this week."

Bella mematikan panggilan itu. Dia bersandar ke kerusi sambil memicit perlahan kepalanya.

Sesaat dia mengeluarkan sekeping gambar dari dalam journal miliknya yang terletak diatas meja. Gambar dia bersama Noah sewaktu mereka mula bertunang.

Bella lantas tersenyum.

"I miss you so much, Noah Iskandar."

Dia kemudian menyimpan semula gambar itu lalu bersiap sedia untuk pulang.

Bella menekan butang lif namun lif itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda ianya akan berfungsi. Tanpa membuang masa, Bella terus melangkah ke ruang tangga. Baik dia guna tangga daripada menunggu lif yang terlalu lembab itu.

Entah macam mana, kaki kanannya tersalah langkah menyebabkan Bella tersadung ditangga. Tanpa disangka-sangka, kepalanya terhantuk dianak tangga dan menyebabkan pendarahan berlaku. Rasa sakit dikepalanya membuatkan Bella terasa seperti berpinar-pinar. Namun tak lama selepas itu, dia mula merasakan pandangannya menjadi gelap-gelita.

 Namun tak lama selepas itu, dia mula merasakan pandangannya menjadi gelap-gelita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Noah ralit menonton tv yang sedang menayangkan drama kegemaran isterinya. Disisinya terdapat Sufi yang sedang memeluk erat pinggangnya sambil meletakkan kepala didada bidang itu.

"Emm, dah agak dah, mesti perempuan tu pyscho."

Noah mengangguk perlahan tanda setuju dengan kata-kata Sufi. Anak matanya masih lagi fokus ke arah drama itu.

Telefon Noah yang tiba-tiba sahaja berdering itu menarik perhatian mereka berdua. Pelukan Sufi dileraikan. Lantas dia mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan tersebut. 

"Sayang, sekejap. Abang nak jawab call."

Riak wajah Noah terus berubah sebaik sahaja dia menjawab panggilan tersebut. Sufi memandangnya dengan penuh kehairanan. Setelah panggilan dimatikan, Noah terus mengeluh lalu melabuhkan punggungnya disebelah isterinya kembali. 

"Kenapa, abang?"

"Bella, dia masuk hospital petang tadi."

"Hah?"

"Hah?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now