48

19.4K 732 20
                                    

Awan semakin gelap menandakan hujan bakal turun tak lama lagi. Hati Sufi semakin resah. Dia cuba untuk memesan grab tapi tak berjaya meskipun jam baru menunjukkan pukul lima petang. Keadaan kampus juga menjadi semakin sunyi membuatkan hatinya sedikit cemas.

"Menyesal pula keluar lambat hari ni."

Sufi menggumam perlahan. Selalunya dia akan pulang bersama Aira tapi hari ini Aira terpaksa pulang awal kerana pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan.

Dia cuba berulang kali untuk memesan grab tapi masih lagi tidak berjaya. Bateri telefon pun semakin berkurang. Powerbank pula tertinggal di rumah.

Arghh! Semua benda tak kena hari ini!

Memandangkan suasana fakulti sudah semakin sepi, Sufi mengambil keputusan untuk berjalan sahaja menuju ke perhentian bas yang berhampiran dengan pintu masuk fakulti. Mungkin nanti ada lah teksi yang lalu kat situ. Harap-harapnya lah.

Baru sahaja sampai di perhentian bas tersebut, hujan tiba-tiba turun dengan lebat-selebatnya. Angin yang bertiup kencang membuatkan dia terkena tempias hujan sehingga menyebabkan sebahagian baju yang dipakai mulai basah.

Haih, nak menangis rasanya. Kenapalah hari ni dia seperti tak berapa bernasib baik. Dugaan sungguhlah!

Kilat sabung-menyabung mengejutkan dirinya beberapa kali. Bibirnya tak lekang berdoa agar dia dilindungi dari segala mak nenek petir yang  ada.

Tiba-tiba, datang sebuah kereta parkir dihadapan perhentian bas. Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu menuju ke arahnya.

Terbeliak mata Sufi sebaik sahaja melihat empunya wajah itu.

Noah Iskandar? Apa lelaki itu buat disini?

"Masuk dalam sekarang!"

Sufi mengeraskan badannya. Tidak mahu berganjak.

"Sufi, awak dah basah kuyup ni. Nanti demam karang. Cepat masuk."

Melihatkan hujan yang mungkin takkan berhenti dalam masa terdekat, Sufi memaksakan diri masuk ke dalam kereta itu.

"Nah. Pakai ni."

Noah menghulurkan blazer miliknya kepada Sufi supaya dapat menghangatkan sedikit tubuh wanita itu yang menggigil kerana kesejukkan. Suhu aircond juga dinaikkan bagi memberi keselesaan kepada wanita itu.

Sufi mengambil blazer itu tanpa berkata apa-apa. Dirinya masih lagi tidak percaya dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba selepas tiga tahun tidak bersua.

Tanpa melengahkan masa, Noah terus memecut laju meninggalkan fakulti tersebut.

Tanpa melengahkan masa, Noah terus memecut laju meninggalkan fakulti tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan sudah pun reda sejak dari tadi. Hot chocolate masih lagi tidak berusik. Tangannya hanya memegang cawan itu. Kehangatan cawan itu sekaligus melenyapkan rasa sejuk akibat terkena tempias hujan tadi.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now