10

22.7K 969 12
                                    

"Hi, pretty. Do you miss me?"

Sufi menelan perit liurnya. Peluh dingin mula merenik di bahagian dahi. Bagaimana pula lelaki ini boleh tahu tentang keberadaannya di sini?

Nazrul mula tersenyum sinis. Suka benar dia melihat wajah Sufi yang seperti ketakutan itu.

"Why, pretty? Awak tak rindukan saya ke, huh?"

Sufi masih lagi mendiamkan diri. Dia cuba untuk menutup pintu kereta namun Nazrul berjaya menghalang perbuatan Sufi itu.

"Sufi, why diam je? Aku rindukan kau sebab tulah aku ada kat sini."

"Kau gila apa? Kau lupa ke yang aku ni isteri orang?!"

Jeritan Sufi membuatkan Nazrul tergelak besar. Isteri orang? Cliché sangat ayat kau tu Sufi!

"Itu aje modal kau nak lepaskan diri? Sufi, Sufi. Aku tahu kau kahwin dengan dia sebab terpaksa, kan? Kau nak buatkan aku ni cemburu lepas tu datang merayu kat kau, betul tak?"

Nazrul mula mendekati Sufi yang sedang duduk di tempat pemandu. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Sufi sehingga hidung mereka berdua hampir bergesel.

Sufi pula hanya mampu mengundurkan tubuhnya. Pergerakannya agak terbatas hingga menyukarkan dia untuk bergerak apatah lagi kini kedua tangan Nazrul sedang mengepung dirinya.

"Jangan takut, sayang. Kalau kau terima aku, aku akan layan kau lagi bagus dari suami kau sekarang. Bukan ke itu yang kau impikan?"

Makin meluat pula rasanya apabila Nazrul mula mengeluarkan ayat-ayat manis seperti itu. Dia fikir seorang Sufi akan terpengaruh dengan kata-kata seperti itu? Sorry naik lori!

Bukk!

Sufi mengangkat sedikit lututnya lalu melutut private part Nazrul. Nazrul yang tidak menyangka akan hal itu terus terduduk sambil menahan kesakitan. Namun tangannya masih lagi gagah menahan pintu kereta itu daripada di tutup.

"Lepaskan, Nazrul! Kalau tak aku call polis!"

Nazrul mengukirkan senyuman sinis sambil dahinya berkerut menahan sakit. Nampaknya Sufi sekarang dah pandai melawan! But yeah, I like it!

"Haha! Jangan harap aku akan lepaskan kau, Sufi! Kau milik aku!"

Pang!

Dia menampar keras pipi gebu gadis itu. Tanpa membuang masa, tangannya terus mencekik leher Sufi tanpa ada rasa belas kasihan terhadap gadis itu.

"Kalau aku tak boleh dapatkan kau, orang lain pun takkan boleh dapatkan kau! Kau milik aku! KAU.MILIK.AKU!"

Wajah Sufi terus berubah kemerahan. Nafasnya mulai tersekat. Dadanya berombak kerana cuba untuk bernafas tapi gagal. Kudrat lelaki itu terlalu kuat sehinggakan Sufi tidak mampu untuk melawan kekuatan lelaki itu. 

"Le...paskan a..aku!"

Dia cuba untuk meleraikan cengkaman lelaki itu tetapi tidak berjaya. Tanpa disedari, terbit air mata di hujung matanya. Ya Allah, dia tidak kuat lagi untuk bertahan!

"SHIT!"

Satu tendangan padu hinggap di pinggang lelaki itu sehingga menyebabkan Nazrul jatuh berguling ke atas jalan raya. Belum sempat dia bangun untuk menstabilkan diri, tiba-tiba pipinya terasa pedih dan perit sehingga membuatkan Nazrul terus terlentang di atas tanah.

"Kau ni memang setan!"

Noah menumbuk wajah Nazrul bertubi-tubi sehingga darah mulai mengalir dari hidung dan mulut lelaki itu. Fawwaz dengan pantas mendapatkan Noah yang seperti sedang dalam kerasukan itu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now