20

20.6K 858 48
                                    

Noah menghidupkan enjin kereta sambil senyum sendirian. Entah mengapa hatinya tiba-tiba rasa teruja untuk bertemu dengan isterinya sebentar lagi.

Kini sudah menjadi rutin Noah untuk mengambil Sufi di yayasan setiap hari. Dia sendiri yang menawarkan diri untuk menjemput gadis itu pulang dek kerana Noah juga tidak berapa sibuk dengan kerja pejabat sejak akhir-akhir ini.

Namun, senyuman itu mati dan digantikan dengan kerutan di dahi sewaktu telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. 

'Siapa pula yang call ni? Unknown number pulak tu.' bisik hatinya.

Pada mulanya, Noah hanya membiarkan sahaja namun dia terpaksa mengangkat panggilan itu apabila telefonnya berbunyi berulang kali tanpa henti.

"Hello, siapa ni?" soal Noah bersahaja. 

"Hello, ni I, Bella."

Noah mendengus kasar sambil melihat sekali lagi skrin telefon pintarnya. Sekejap, macam mana perempuan ni boleh dapat nombor dia sedangkan dia sudah pun menukar nombor baru beberapa bulan yang lepas? 

"Ada apa?"

"Noah, can you help me? Tayar kereta I pancit. I ada kat kawasan parking dekat dengan office you ni."

Noah mula menggulingkan mata. Kenapa masa beginilah ada yang tergedik-gedik untuk meminta bantuan. Bella pun satu hal juga. Takkan tiada orang lain yang boleh dia minta bantuan?

"Kalau macam tu call tow truck."

Bella mengeluh perlahan. Sejak bila pula Noah ni sudah pandai menolak permintaan darinya? Kalau dulu cakap sekali aje terus berdesup datang. Kadang-kadang tak sempat nak cakap pun tiba-tiba dah muncul depan mata. 

"Please Noah, I tengok macam dah tak ada orang dah kat sini. I call tow truck pun tak dapat. Lagipun level parking sini nampak sunyi semacam. Please, Noah?" 

Bella cuba meraih simpati lelaki itu dengan harapan Noah akan datang kepadanya. Dia memang sengaja dari awal untuk tidak menelefon mechanic atau tow truck. Baginya inilah peluang untuk dia mendekati Noah semula. Mana tahu tiba-tiba hati lelaki itu terbuka untuk menerima dirinya semula?

Noah mengetuk jarinya di atas stereng kereta sambil memikirkan sesuatu. Dia memandang sekilas ke arah jam tangannya. Pukul 6.00 petang. Waktu macam ini sememangnya sudah tidak ramai orang. Kebanyakkan yang bekerja lebih masa pun akan parkir kereta masing-masing di luar bangunan.

Tetapi dia sudah berjanji untuk menjemput Sufi dari yayasan hari ini. Tidak tergamak pula dia hendak menyuruh isterinya pulang dengan menaiki grab.

Setelah difikirkan, akhirnya...

"You kat mana sekarang?"

Bella senyum sebaik sahaja mendengar soalan lelaki itu.

"I ada kat dalam bangunan office you, kat bahagian parking level 2."

"Okay."  

Noah mematikan panggilan itu dan terus memandu untuk mendapatkan Bella.

****

Peluh mula membasahi dahi. Begitu juga dengan lehernya. Sesekali dia mengeluh akibat kepanasan ketika cuba menggantikan tayar kereta milik Bella yang telah pancit itu.

Beberapa lama selepas itu, Noah duduk melepaskan lelah sambil mengesat peluh yang sedang mengalir. Akhirnya siap juga dia menggantikan tayar kereta itu. 

Bella mengambil beberapa helai tisu dari dalam beg tangan miliknya lalu cuba untuk mengelap peluh yang mengalir di dahi Noah. Noah lantas mengelak dan menjarakkan sedikit dirinya dari Bella.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now