Her Beautiful Consolation

10.5K 185 4
                                    

Hi readers yang saya sayangi!

Saya datang sini sebab nak promote karya ketiga saya, Her Beautiful Consolation yang baru saya publish kelmarin err.. kot.

Sebarang komen atau review sama ada pahit, manis, tawar, kelat dan sebagainya amatlah dialu-alukan. :) <3

Boleh klik profile saya untuk baca cerita ni. Jemput baca, semua. Hehe.

Blurb :

Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa.
Kejadian di mana karyanya telah diciplak oleh insan yang bergelar kawan menjadikan dia hampir berputus asa. Tetapi dia bagaikan mendapat sinar baru apabila ada yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya, di mana akhirnya dia dapat juga menuntut kembali hak karyanya itu.

Dugaannya tidak berakhir di situ. Tanpa Zuha sangka, si tunang lebih memilih untuk mengkhianati hubungan mereka. Kali ini, Zuha benar-benar merasakan bahawa hidup ini sudah tiada erti lagi bagi dirinya.

Namun, di saat dia mula jatuh datang insan yang menghulurkan tangan untuk membantu dia agar dapat bangkit kembali. Insan itu adalah Zuhayr Muqri, lelaki yang luarannya tampak dingin sepertinya juga. Walaupun mereka seringkali bertikam lidah setiap kali berjumpa, tapi Zuha tidak dapat menafikan bahawa lelaki inilah yang sering kali berada di sampingnya dan mampu mendamaikan hati yang sedang gundah-gulana.

Takdir tuhan, mereka disatukan dek keadaan yang memaksa. Meskipun begitu, masing-masing beranggapan bahawa mereka sememangnya sudah berjodohan.
Maka bermulalah episod di mana Zuha dan Zuhayr cuba untuk mengenali dan mendalami hati dan perasaan antara satu sama lain.

Sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah lumrah kehidupan perkahwinan. Salah faham yang tercetus telah menyingkap sebuah rahsia mengenai isterinya yang tidak terjangkau dek akal oleh Zuhayr sendiri!

Apakah rahsia yang disimpan oleh Zuha sehingga menyebabkan Zuhayr sendiri sukar untuk mempercayainya? Mampukah Zuhayr untuk mempertahankan hubungan mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk itu?

Apakah rahsia yang disimpan oleh Zuha sehingga menyebabkan Zuhayr sendiri sukar untuk mempercayainya? Mampukah Zuhayr untuk mempertahankan hubungan mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk itu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now