38

17.6K 730 26
                                    

Noah menarik senyuman lebar sebaik sahaja menerima sekeping sampul surat bersaiz A4 daripada Aileen sebentar tadi. Sudah berulang kali dia membaca dan menyemak isi kandungan sampul itu. Rasa tak sabar pula dia hendak sampaikan berita ini kepada isteri kesayangannya.

Namun senyuman itu mati apabila dia perasan akan kehadiran Bella yang sedang berjalan ke arahnya dengan wajah ceria.

"Hi,baby. Anything happened? Muka you nampak happy je."

Noah lantas memasukkan kertas itu ke dalam sampulnya kembali dan kemudian dia menyimpan sampul itu ke dalam laci. Noah sempat berdehem lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala.

"Nothing. Tu paper work untuk projek kat Melaka nanti."

Bella menjatuhkan kepalanya. Hatinya sangsi apabila melihat perilaku Noah. Setakat paper work takkan beriya sangat sampai simpan dalam laci. Tapi tak apa lah, itu bukan urusan dia. Kini, dia tidak lagi terlibat dalam projek mega di Melaka itu setelah fasa pertama projek itu bermula.

"Emm, Noah,balik nanti temankan I pergi beli barang, jom? At least, you bawak I ke tempat yang I selalu pergi before this? Mana tahu kot kot ingatan I boleh pulih semula ke? Jomlah, you tak busy kan?"

Noah mengeluh kecil. Bella tak pernah berputus asa untuk mengajaknya keluar bersama walaupun selalunya dia menolak dan tidak mengendahkan ajakan wanita itu. 

"Sayang? Boleh tak? Orang tanya dia termenung pula."

Teguran Bella membuatkan Noah tersentak. 

"Err, sorry I tak dapat temankan you. I ada appointment kejap lagi ni."

"Appointment? Appointment apa? Appointment dengan doktor ke? You sakit apa?"

Bertalu-talu soalan Bella berikan kepada Noah. Dia cuba menghampiri Noah untuk menyentuh lengan lelaki itu namun Noah sempat mengelak dengan pantas. 

"Bukanlah. Appointment dengan client."

"I temankan you la kalau macam tu."

Noah pantas menggeleng. Malas hendak bercakap panjang tentang appointment tersebut. Bukannya ada kena mengena dengan Bella pun.

"Tak perlu temankan I. Daripada you duduk kat sini, baik you siapkan kerja you. I dengar you guys makin banyak kerja lately ni. I tak nak ada any project yang delay pula nanti. "

Bella menjeling. Kerja,kerja,kerja! Setiap kali dia berjumpa dengan Noah mesti tentang kerja. Bila masa dia boleh luangkan masa dengan Noah kalau hari-hari kena fikir pasal kerja?

"You, kita ni bertunang tapi tak macam tunang pun. Kalau hari-hari asyik busy dengan kerja, macam mana I nak jumpa you, dating dengan you? Dah elok ada tarikh kahwin, tapi you siap postpone lagi tarikh wedding kita. You kenapa ya sebenarnya?"

Noah tersenyum sinis. Memang dia sengaja minta untuk 'menunda' tarikh so called perkahwinan mereka padahal semua tu hanya untuk dia melengahkan masa supaya Bella tidak mendesak dia dengan hal perkahwinan yang tak wujud itu.

"Kalau you nak tahu..."

Noah terus berdiri sambil menyarungkan blazer miliknya. PC miliknya sudah pun gelap sejak dari tadi lagi.

"Macam tu la yang I rasa masa you busy 24 jam dengan kerja you. I cuma buat apa yang you pernah buat kat I sebelum ni."

Gulp! Kata-kata lelaki itu tepat menusuk kalbu membuatkan Bella terpaku. Dia hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gerak geri Noah.

"So, jangan nak merungut apa-apa. I just tolong apa yang patut. Ini pun untuk kebaikan you juga. Mana tahu lepas ni ingatan you tiba-tiba pulih,kan? Okaylah, I gerak dulu. Nanti jangan lupa tutup pintu dan lampu sebelum you keluar."

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now