28

20.6K 820 22
                                    

Sufi dan Aliyah perlahan-lahan memimpin tangan Puan Sri Asma menuju ke ruang tamu. Hari ini akhirnya Puan Sri Asma dibenarkan pulang oleh doktor. Namun begitu, dia masih lagi perlu menghadiri temujanji doktor di hospital seperti yang telah dijadualkan secara berkala.

"Dah lewat malam ni. Kami balik dululah, umi, tokma." ujar Noah sambil mengerling sekilas ke arah jam tangan miliknya. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Patutlah dia mulai merasa letih.

"Eh, takkan nak balik? Dah lewat ni. Balik esok je. Lagipun esok kamu cuti, kan?"

Kata-kata Aliyah itu membuatkan Noah dan Sufi saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka sebenarnya tidak membawa sebarang baju lebihan lebih-lebih lagi Sufi kerana mereka tidak merancang pun untuk bermalam di sini.

"Kitorang pun tak bawa baju extra, umi. Takkan nak tidur pakai baju ni juga?"

"Ala, tak apa. Baju kamu yang lama-lama tu masih boleh pakai lagi. Untuk Sufi, nanti umi bagi baju umi, boleh kan Sufi?"

Sufi mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bila ibu mertuanya kata seperti itu, takkan dia hendak menolak lagi ajakan untuk tidur bermalam di sini. Nanti apa pula kata umi dan juga tokma mereka. Bimbang nanti keduanya berkecil hati jika Sufi dan Noah tetap berkeras untuk pulang ke rumah mereka.

"Boleh je umi. Tapi Sufi ikut abang Is. Kalau abang Is kata okay, Sufi pun okay je."

Kata-kata Sufi mengundang tawa kecil Noah. Nampaknya nak tak nak terpaksa jugalah mereka turutkan saja permintaan Aliyah itu.

"Ha, dahlah tu. Kamu tidur je kat sini. Pergi naik bilik dan berehat. Kasihan kat korang penat-penat tolong tokma sejak dari siang tadi."

Puan Sri Asma bangun dengan berhati-hati lalu berjalan menuju ke biliknya sambil dipimpin oleh Aliyah.

Noah lantas memandang ke arah Sufi lalu menarik tangan kecil itu supaya mengikut langkahnya.

"Jom, kita masuk bilik."

****

Noah menyelongkar almari baju yang dipenuhi dengan baju lama miliknya. Mujurlah ada beberapa helai baju yang masih elok dan boleh dipakai lagi.

"Sayang, awak pakai baju saya ni je la. Saya rasa muat aje baju ni untuk awak."

Sufi mengambil baju berwarna putih itu dari tangan Noah. Dia membelek baju itu lalu dipadankan ke atas badannya.

"Besarnya, Is. Sikit lagi nak jadi blouse. Tak ada yang lagi kecil ke?"

Kata-kata Sufi itu sungguh mencuit hati Noah menyebabkan lelaki itu tergelak besar. Boleh pula t-shirt dia tu jadi blouse padahal saiz bajunya tak adalah besar mana. Paling-paling pun t-shirt itu cuma labuh paras peha Sufi sahaja.

Sufi mencebik. Betullah apa yang dia cakap! Sudahlah warna putih, agak jarang dan besar. Kalau pakai confirm sebelah bahunya akan terdedah. Seksi betul!

"Tak adalah, sayang. Ini je baju saiz paling kecil yang saya ada."

"Tapi tak ada baju warna lain ke? Hitam ke? Dark blue ke? Ni warna putih jarang sangat. Seksi la."

"Apa salahnya seksi. Awak seksi pun depan suami awak. Bukannya depan orang lain. Dah lah, nah. Ambil tuala ni dulu. Pergi mandi sementara nak tunggu baju umi bagi." ujar Noah sambil menghulurkan sehelai tuala kepada isterinya.

Sufi hanya menjeling tajam ketika mengambil tuala tersebut dari tangan Noah. Dia masih lagi tidak berpuas hati namun nak tak nak terpaksalah dia memakai t-shirt milik Noah itu sambil menunggu baju dari ibu mertuanya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now