𝟘𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

5.1K 271 63
                                    

Kafe mewah yang terletak di bangunan KLCC menjadi tumpuan pasangan 'bekas' kekasih ini. Emma Kay sudah lama menunggu kehadiran Ayden ke pangkuannya semula. Tiber!

"Hey baby! I miss you! Have a seat. Let me hug you, baby!" Dia menjerit manja. Hampir seluruh pelanggan di kafe itu memandang ke arah mereka.

"Enough Emma. You pergi mana selama ni? Balik terus jadi sotong macam ni?" Ayden malas mahu berlembut lagi dengan wanita miang itu.

Dia benci pada wanita yang telah mengkhianati cintanya beberapa tahun lalu. Bukan mudah untuk dia menelan setiap bait kata yang Emma lemparkan padanya. Ia seperti racun yang harus di telan hidup-hidup.

Mudahkan manusia zaman sekarang, bila sayang di ucap kata-kata indah tetapi bila berlaku salah faham, habis dia sumpah sepuas hatinya. Kemudian apabila keadaan kembali tenang, mula hadir semula dan menabur janji itu dan ini.

Lumrah hidup di muka bumi ini, bukan semua wanita dan lelaki yang mempunyai perangai seburuk itu tetapi di sebabkan segelintir masyarakat seperti itu yang membuatkan orang lain takut untuk ada pasangan.

Throwback...

"Baby, kenapa you nak putuskan pertunangan kita ni?" Ayden menyoal menanti kan jawapan daripada wanita idamannya.

"Hey jantan! Kau dengar sini eh, Aku sebenarnya tak pernah ada perasaan pun pada kau. Aku nak duit kau je tapi bila tengok keadaan kau macam ni dengan saham semua belum diturunkan pada kau lebih baik aku cari orang lain." Jawab Emma Kay dengan begitu sinis sekali.

"You tipukan sayang. Tak mungkin you sanggup buat semua ni kerana duit?" Ayden merayu lagi.

"Sudah lah! Aku rimas tahu tak. Ni satu lagi tolong sampaikan salam sayang aku pada mak kau yang tak berapa nak kaya tu." Begitu kontra sekali kelakuan Emma saat pertama kali mereka kenal dengan yang sedang bercakap di hadapan Ayden saat ini.

"So you betul nak putuskan pertunangan kita ni? You tak menyesal? I tanya ni!" Ayden menyoal untuk kepastian.

"Mati hidup balik pun aku tak jilat la air liur yang aku dah ludah. Ingat tu!" Dia mengungkat kata-kata itu seraya dia berlalu pergi meninggalkan Ayden di taman itu.

"Hoi perempuan!! Kau dengar ni, mulai hari ini kau dengan aku tiada apa-apa lagi. Kau bukan tunang aku lagi. Sekali lagi kau jejak kaki depan aku, pandangan aku terhadap kau sama macam perempuan yang tiada maruah." Teriak Ayden menghentikan langkah Emma sebelum dia meneruskan langkahnya kembali.

'Asal? Menyesal? Sebab kau tiada lah wanita yang aku anggap mahal. Semua perempuan sama je.' Bisik hatinya.

Lama Ayden hanyut dalam lamunannya. Memori bersama Emma sudah lama padam. Tiada lagi peluang untuk wanita murah seperti dia. Janji yang pernah dia ungkap akan segera ditunaikan. Kali ini dia tidak akan toleh kebelakang lagi.

"Ayden..."

"Hey honey!!!"

"Ayden, you dengar tak apa yang I cakap ni?" Panggil Emma berkali-kali.

"Apa benda kau ni? Semak lah!" Dia menepis sentuhan Emma.

"A... Ayden I... I'm really sorry for what I've done before. I menyesal dengan semua kelakuan dan kata-kata I pada you dulu. Kita tunang semula eh. Please baby." Suara wanita itu sudah bergetar ketika dia ingin berterus terang. Dia begitu gerun melihat wajah Ayden yang sebelum ini setenang air di tasik tiba-tiba berubah menjadi singa jadian.

MY AYDEN DARHWISH [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora