𝟝𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 129 65
                                    

Sepanjang di sana, mereka berdua menikmati suasana yang indah bersama moment yang mungkin tidak dapat di mana-mana.

"Abang, hari ni hari terakhir kita di Cappadocia boleh tak sayang nak chase hot air balloon?" Pinta Elaine.

"Sayang, bukan ke Emir dah include dalam package honeymoon kita?" Ayden teringat Emir pernah memberitahunya sebelum berangkat kerana itu salah satu aktiviti impian adiknya.

"Jap sayang tengok tentatif." Bila dilihat tentatif itu ya ternyata abangnya tidak menipu. Berjoget-joget dia melihat tentatif itu.

"Calm down baby. Betul ke ada?" Elaine mengangguk laju. Gembira sungguh bila dapat apa yang dia mahukan.

Elaine melompat riang tanpa mereka sedar si comel sedang memerhatikan mereka.

"Aunty! Kenapa lompat-lompat mummy cakap kalau kita lompat maknanya kita pendek." Tersentak Elaine di buatnya.

"Hah! Mummy awak cakap macam tu ke?" Adeena mengangguk laju.

"Little boo, tak baik cakap macam tu sayang. Elaine maafkan anak saya ya. Mulut dia tak makan saman macam mummy dia." Tertawa Harraz melihat gelagat putrinya yang sangat mesra dengan orang.

Laju tangan Adriana mencubit lengan suaminya. Elaine melihat keluarga kecil itu sungguh bahagia. Alangkah indah dia juga dapat merasakan moment seperti itu suatu hari nanti.

"Bro, berapa hari kau berada di sini?" Tanya Harraz Mikael.

Ya Harraz Mikael a.k.a abang beku. Dia adalah kawan baik Ayden sewaktu di Norway. Nenek lampir? Mesti lah ada sekali. Mana boleh renggang mereka berdua.

"Aku cuti dua minggu. Esok pagi dah ke Trabzon selama empat hari dan seterusnya baru ke Istanbul. Wife aku suka tempat ni. Kita ikutkan lah." Ayden menarik Elaine ke dalam dakapannya.

"Nice bro, kita orang pun akan ke sana juga. Jumpa la dekat sana. Tak sangka Allah temukan kita di sini. Anyway, wife aku pun suka tempat ni. Tenang, cantik dan anak-anak aku suka makanan di sini. Sedap." Ujar Harraz.

"Lama aku mencari kau, Hanan dengan Harriz. Kau orang tinggal mana sekarang?" Tanya Ayden.

"Family aku sudah bermastautin di Norway tapi hujung tahun ni nak balik sebab Harriz nak build up business dia ada lancarkan produk baru. Nanti aku share dengan kau. Kena datang bawa Lia. Aku tengok wife kau sukan makan ni kena sangat dengan kafe Harriz." Beritahu Harraz lagi. Ayden mengangguk laju.

"Kak Iyan, seronok dapat jumpa akak personally. Rupanya cerita akak kisah benar ya. I'm so glad to know you. Anak-anak kak Iyan pun comel macam mummy daddy dia." Adriana tersenyum manis melihat Elaine.

Tak sangka ini lah gadis idaman Ayden. Punya la susah mamat egois itu untuk rapat dengan wanita akhirnya Allah temukan mereka berdua sepadan sungguh.

"Pandai Ayden pilih isteri. Cantik, manis dan comel. Umur awak berapa Dahlia?" Soal Adriana.

"Saya baru 26 tahun. Ayden dah masuk 31 tahun tak silap saya. Tapi dia tua lah saya muda lagi. Hehe." Elaine tersipu malu.

"Oh lebih kurang saya je. Jangan risau kena percaya dengan pasangan kita tau. Ayden seorang yang bertanggung jawab. Percaya pada dia. Masa lalu bukan penentu untuk masa depan kita. Kalau ada masalah bincang jangan jadi macam saya lari sana sini. Masalah tak selesai. Nanti menyesal tak sudah." Pesan Adriana. Elaine angguk faham.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now