𝟝𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.9K 151 47
                                    

Sejak pulang ke Malaysia, kelakuan Elaine sangat berbeza. Dia lebih manja dan yang pasti mengada lah baik dengan umi dan ibu mertuanya tetapi buat masa sekarang Julia mahu Elaine tinggal bersamanya sehingga Elaine pulih sepenuhnya.

Ayden tidak senang duduk bila Elaine menghalau nya dua hari lepas. Jadi hari ini dia pulang semula ke rumah ibu mertua nya kerana terlalu rindu pada isterinya.

Tiba di rumah Julia agak lewat jadi dia tidak mahu mengganggu Elaine yang sudah lena. Ayden mengambil tempat di sebelah Elaine tiba-tiba tangan isterinya jatuh di atas dada bidang Ayden sejurus itu terus mengunci pergerakan Ayden.

"Memang aku tidur kejung macam ni je sampai besok pagi. Nasib bini lah kalau bukan aku tolak kau dah ni." Omel Ayden.

Jarak wajahnya dengan Elaine kurang dari seinci. Wangi!

"H... Hubby.... Cuk... Cukcam... Sayang rindu...."  Lah Elaine mengingau ke?

Ayden terus perbetulkan posisinya supaya menghadap Elaine yang sudah berada di dalam dakapannya.

"Shhhh, abang dekat sini. Sayang tidur ya. I won't leave you baby." Pujuk Ayden lalu tanganya mengusap kepala Elaine perlahan-lahan.

Akhirnya mereka berdua dibuai mimpi indah bersama. Keesokkan pagi, Ayden bingkas bangun seawalnya untuk pergi ke pejabat. Dia terpaksa meninggal kan Elaine sendirian sebelum gadis itu bertukar menjadi singa jadian. Jika Elaine tahu suaminya pulang ke rumah pasti amarahnya tidak akan reda. Sempat juga dia tinggalkan nota ringkas di bilik umi supaya merahsiakan masakan yang sudah tersedia di meja untuk sarapan itu adalah hasil masakan Ayden.

"Hmm. Hubby.... Eh kejap! Apahal aku sebut benda tu?" Elaine terus celik melihat sekeliling.

"Kenapa ada bau perfume cukcam? Dia balik ke?" Sepantas kilat Elaine menuruni anak tangga dan menuju ke dapur.

"Kenapa Lia?" Julia menyapa putrinya yang kebingungan.

"Err.. Nothing?"

"Ni umi masak makanan kegemaran kamu. Pergi mandi dulu nanti turun makan sekali dengan abang dan kakak kamu tu." Arahan Julia di tolak tepi bila dia terlihat nasi goreng cili padi sudah terhidang di atas meja.

"Mandi boleh tunggu umi. Nasi ni tak boleh tunggu." Elaine mengambil tempat dan terus menceduk ke dalam pinggannya.

Julia menggelang kepala melihat tingkah laku putrinya memang tidak makan saman.

Julia menggelang kepala melihat tingkah laku putrinya memang tidak makan saman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari demi hari Elaine terasa seperti dekat dengan suaminya. Hampir setiap malam dia terasa Ayden ada bersamanya namun bila pagi menjelma, sosok tubuh suaminya langsung tidak kelihatan. Dia menyesal di atas perbuatannya. Lama dia termenung di ruang tamu sehinggakan telefon berdering pun tidak sedar. Tiba-tiba dia tersentak saat terdengar bunyi hon di luar dan tersedar dari lamunannya. Skrin telefon jelas tertera nama ibu mertuanya.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now