𝟚𝟙 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.7K 157 21
                                    

Hari-hari Elaine seperti biasa tiada yang menarik perhatiannya sehingga suatu hari dia di panggil oleh pengarah syarikat di bilik mesyuarat. Agak terkejut waktu itu, seingatnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang boleh melibatkan pengarah syarikat itu sendiri.

'TOK'

'TOK'

"Assalammualaikum, Tuan Ehsan panggil saya ke?" Sapa Elaine dengan sopan.

"Waalaikummusalam. Silakan masuk Dahlia." Dia hanya menurut perintah.

"Tujuan saya dan Puan Safiya memanggil kamu adalah untuk memberikan tawaran kepada kamu selepas tamat latihan industri di sini bulan hadapan." Jelas Tuan Ehsan.

"Memandang kan hujung minggu ini adalah pembentangan terakhir kamu di sini kemudian kamu akan menamatkan latihan industri pada bulan hadapan. Jadi saya dan Tuan Ehsan ingin menawarkan tawaran hebat pada kamu." Celah Puan Safiya.

"Tawaran mengenai apa tu Tuan Ehsan, Puan Safiya?"

"Kami ingin menawarkan jawatan yang sesuai dengan kelebihan yang kamu ada sebagai penolong pegawai pemasaran dan bukan itu sahaja malah saya menawarkan tangga gaji yang sepatutnya kamu terima." Beritahu Puan Safiya lagi.

"Mak... Maksudnya saya boleh terus sambung kontrak saya di sini selepas tamat latihan praktikal?" Teruja sungguh dia mendengar khabar berita itu.

Puan Safiya dan Tuan Ehsan mengangguk laju.

"Macam ni tuan dan puan. Ikut kan hati saya memang terima terus tapi boleh ke saya bagi jawapan itu esok. Saya nak bincang dengan umi saya." Pintanya.

Kedua-dua orang atasannya itu sangat memahami kehendak dan permintaan pekerja mereka. Oleh kerana itu, dengan prestasi Elaine yang sangat memberansangkan mereka menawarkan jawatan itu pada Elaine.

 Oleh kerana itu, dengan prestasi Elaine yang sangat memberansangkan mereka menawarkan jawatan itu pada Elaine

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedua-dua orang atasannya itu sangat memahami kehendak dan permintaan pekerja mereka. Oleh kerana itu, dengan prestasi Elaine yang sangat memberansangkan mereka menawarkan jawatan itu pada Elaine.

Tidak lama kemudian, Elaine di panggil oleh Ryqal di ruangannya.

"Tuan Ryqal panggil saya ke?" Sapa Elaine di depan pintu.

"Jemput masuk Elaine Dahlia." Ajak jejaka itu.

"Saya ada buat salah ke Tuan?" Pucat lesi wajah Elaine ketika dipanggil.

"Teruk trauma awak ni Dahlia. Macam ni, saya ada soalan sikit tetapi ia agak personal. Kalau awak tak mahu jawab bagitahu sahaja pada saya. Saya faham." Elaine memandang pelik.

"Saya takut kena buat kerja lagi Tuan Ryqal. Tuan nak tanya tentang apa? Kalau boleh saya jawab saya akan jawab." Ulasnya tulus.

"Betul ke awak ada simpan perasaan pada seseorang? Contoh macam Ayden dan Hazran?" Soalan itu benar-benar di luar jangkaannya.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now