Seluruh ahli keluarga Ayden dan Elaine tiba dia sana lebih kurang jam 5 pagi. Mereka terus bergegas ke hospital.
"Assalamualaikum, aunty uncle. Saya Harraz dan ini isteri saya Adriana." Tegur Harraz apabila dia terlihat keluarga Ayden sudah selamat tiba di Turkey.
"Waalaikumusalam. Bagaimana keadaan mereka? Masih tak sedar ke?" Tanya Puan Sofea Hana. Dia berpelukan bersama Julia menahan air mata yang semakin kering.
"Keadaan Elaine masih lagi sama. Kecederaan yang di alami oleh Elaine sangat teruk. Ayden baru saja sedar dari koma beberapa jam le[pas tetapi oksigen nya merosot tiba-tiba dan sekarang doktor sarankan untuk tidurkan kan dia seketika." Jelas Harraz.
Adriana membawa seluruh ahli keluarga Ayden dah Elaine menginap di rumahnya buat sementara waktu sehingga pasangan sembuh. Siapa sangka Malik Khan dan Maria Jane juga turut pulang ke bumi Turkey untuk melawat sahabat lama Harraz.
"Mama babah? Bila sampai?"
"Tokma... Tok bah... Yeah Yeah Tokma datang." Sorak Aleeya Adeena.
"Shhh sayang. Jangan jerit-jerit. Duduk dengan Tokma ya. Kita baca doa untuk aunty awak." Maria menarik kedua-dua cucu nya duduk bersama.
"Ocey Tokma. Deena sayang Tokma." Petahnya anak ini bercakap.
"Aryan pun sayang Tokma juga." Aryan memeluk erat tubuh Maria Jane dan Malik Khan.
"Mama sampai semalam tapi Harraz cakap kamu berdua di hospital dengan budak-budak jadi mama ambil hotel satu malam." Ujar Maria Jane.
Tiga hari berturut-turut mereka membuat solat hajat dan bacaan yaasin buat Elaine dan Ayden. Harraz masih setia menanti di hospital seminit pun dia tidak sanggup untuk meninggalkan mereka berdua. Dia berganti dengan Murat and the gang untuk menjada Ayden dan Elaine.
"Sir!!! Sir!!! Come over here." Panggil jururawat itu.
"What happen?" Harraz terpinga-pinga mendengar panggilan itu. Bila dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, jelas keadaan Ayden dengan kadar oksigen nya juga sudah mula stabil semula.
Mata Ayden terbuka luas, kornea matanya penuh warna putih.
"A... Ayden.... Do... D.. Do you hear me?" Sapa Harraz.
Ayden menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
"WHERE AM I?" Itu lah ayat pertama yang meniti di bibir Ayden.
"DAH.... DAHLIA.... WHERE.... WHERE IS SHE?" Tanya Ayden. Perit untuk dia telan air liur.
"You're in the hospital." Jawab doktor itu.
Takdir Allah temukan mereka sebelum ini, takdir Allah juga yang menurunkan ujian seperti ini. Seluruh ahli keluarganya mengharapkan keajaiban buat Elaine Dahlia untuk sedar dari koma namun itu masih belum berhasil lagi.
YOU ARE READING
MY AYDEN DARHWISH [C]
RomanceKisah tentang seorang gadis berwajah polos dan kuat drama bersama sahabatnya Hazran Dayler mengharungi cabaran sewaktu latihan industry di sebuah syarikat ternama iaitu AD Pacific Sdn Bhd. ELAINE DAHLIA- Nama yang cukup indah dan manis seperti oran...