𝟘𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

4.1K 223 24
                                    

"You must be.....Darius!" Elaine meneguk air liur nya berkali-kali sebelum dia berpaling dan melihat gerangan jejaka itu. Wangian yang di pakai oleh jejaka itu menusuk ke hidungnya.

Mata Elaine di tutup rapat sewaktu dia memusingkan tubuhnya menghadap jejaka itu, dia takut jika lelaki itu adalah pakcik hot.

'Tolong la betul. Kalau salah dan dia adalah pakcik hot mati aku.'

"Did you forget me already ha?" Soal jejaka itu dengan bersahaja.

"Hey bro! Where have you been?" Emir menyapa jejaka itu.

"Aku tengah cuti, jadi mana lagi aku boleh pergikan selain Malaysia. Dah penat travel." Ujarnya lagi.

"Darius, you balik sebab rindu I kan. I.... Pun rindukan you, babeh!" Dia memeluk erat tubuh jejaka itu.

Darius Farhan sedap kan nama itu, mestilah sebab orang nya pun sekacak Hael Husaini tetapi tingginya lebih kurang 190cm. Jika Elaine berdiri di sebelahnya hanya separas ketiak Darius sahaja. Jejaka tampan yang mempunyai sepasang mata berwarna Hazel dan berdarah kacukan melayu dan Scotland. Ayah nya adalah abang kepada umi Elaine iaitu Julia Fendi dan ibunya pula warganegara Scotland. Darius bermastautin disana beberapa tahun sebelum bertukar angin di Amerika Syarikat atas urusan kerja.

Mereka bertiga sangat rapat sejak kecil lagi tetapi keadaan memisahkan Elaine dan Darius sewaktu Elaine menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia beberapa tahun lalu.

"Nak jadi kawan syaitan ke duduk di taman dan berborak sampai tak sedar sudah masuk waktu maghrib?" Emir mencelah. Dia tahu yang adiknya teruja dengan kehadiran Darius tetapi bukankah dirumah lebih baik.

"Abang cemburu kan Lia ada abang lain. Hmm. Okay la jom kita balik. Umi mesti happy jumpa anak bujang yang seorang ni kan." Senyuman Elaine sungguh manis bak bunga yang penuh madunya. Dia merangkul lengan Darius dan mereka jalan seiringan sehingga tiba di rumah.

"Tak payah you nak senyum kambing macam tu. Ingat I tak tahu ke apa maksud senyuman kambing you tu, hah!"

Mereka terus melangkah masuk ke dalam rumah Julia yang terletak tidak jauh dari taman itu. Mereka sengaja menyembunyikan berita ini daripada Elaine kerana mahu membuat kejutan di hari kelahiran Elaine pada keesokkan harinya.

"Assalamualaikum, aunty Julia!!!" Jerit Darius. Julia berpura-pura terkejut dengan kehadiran Darius padahal jejaka itu sudah tiba dirumah sewaktu Elaine dan Emir berada di taman lagi.

"Ya Allah budak bertuah ni. Balik tak cakap eh! Ingat Amerika tu dengan Malaysia sebelah-sebelah ke?" Julia menepuk bahu Darius berkali-kali.

"Tak payah nak berlakon. Ingat Lia tak nampak orang masuk rumah ni tadi?" Jelingan maut dilemparkan khas buat Darius.

"Woi tak payah la merajuk. Esok umur tu dah masuk 26 tahun. Sedar diri awak dah tua. Nak hadiah tak?" Darius memang mahir memujuk Elaine. Apa lagi kalau bukan dengan novel tetapi setiap pemberian Darius sudah tentu paling istimewa. Siap ada tempat khas di sudut biliknya.

"I dah tak minat buku. Now I minat benda baru." semua memandang pelik ke arah Elaine.

"What? Are you kidding me, baby? Banyak kot I beli novel untuk you."

MY AYDEN DARHWISH [C]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα