𝟛𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 147 27
                                    

Majlis perkahwinan Elaine dan Ayden di sambut meriah bersama kedua-dua belah pihak. Mereka bersiap di hotel di mana majlis mereka akan berlangsung nanti.

"Pakcik Oyen, ni baju awak siap dekat sebelah eh. Saya nak siap dalam bilik ni." Arah Elaine.

"Tak nak aku siap dekat sebelah. Kau punya sedara perempuan ramai la dekat sebelah. Biar aku dekat sini lah. Kau tu halal untuk aku berbanding mereka." Bentak Ayden.

"Pergi bilik abang Emir lah eh. Shuh!!! Pergi sana." Dia menolak tubuh Ayden supaya keluar dari biliknya.

"Kau hutang aku bunny. Tunggu malam ni." Ugut Ayden seraya keluar dari bilik itu.

Elaine menarik nafas lega. Yes! Akhirnya jauh juga si Oyen tu dari hidupnya. Sejak di ijab kabul kan malam semalam, dia cukup tidak selesa bila Ayden sentiasa di sisinya.

Hampir 2 jam dia bersolek akhirnya siap juga. Tidak lama kemudian, Ayden masuk ke bilik itu.

"Bunny, dah siap ke belum? Lama nya make up?" Rungut si Oyen.

"Diam lah. Make up ni pun untuk awak bukan orang lain. Ish!" Tajam jelingan Elaine tanpa sedar reaksi si isteri membuat kan Ayden terpaku melihat isterinya yang cantik mengenakan gaun putih yang direka khas buat bakal isterinya.

'Wow biar betul dia cantik bak bidadari? Ini bidadari kiriman Tuhan ke?'

Ayden tidak menyangka gaun rekaannya itu cukup padan dengan Elaine. Dia meminta pereka fesyen terkenal untuk menghasilkan rekaannya khas untuk isterinya. Ternyata Elaine bakal isterinya yang dirahsiakan oleh Julia Fendi dan Sofea Hana.

"Kenapa tengok saya macam tu? Buruk ke?" Elaine memandang suaminya pelik. Mana tidaknya sejak Ayden masuk dia terus terdiam tanpa kata.

"Tak la buruk tapi boleh la cantik sikit dari beruk." Selamba Ayden perli isterinya.

"Beruk pun isteri awak pakcik Oyen. Terima je lah." Ingat Elaine nak kalah dengan si tua ni.

Pecah tawa mak andam melihat gelagat pasangan pengantin itu.

"Ayden enough lah. Awak pergi duduk luar. Jangan ganggu saya." Pinta si gadis itu. Muka Elaine sudah memerah menahan malu.

"Alah El, biarkan la suami awak duduk dalam ni. Okay tengok ni tinggal betul kan sikit tudung awak lepas tu done!" Ucap mak andam sambil tangan nya laju membetulkan tudung Elaine.

Elaine cuba berdiri di sebelah Ayden dan membetulkan gaun nya yang cantik bak princess elsa. Cewah!

"Come, let me hold your hand bunny." Bisik Ayden di telinga Elaine.

Elaine membiarkan tindakan suaminya. Tak kan nak melawan kan nanti orang nampak pula yang mereka tidak sehati sejiwa.

 Tak kan nak melawan kan nanti orang nampak pula yang mereka tidak sehati sejiwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now