𝟙𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.8K 182 44
                                    

TOK!

TOK!

"Babygirl! Awal balik hari ni?" Sapa Darius.

"Lia bosan dekat pejabat habis kerja terus balik lagi pun bukan ada benda yang seronok pun." Matanya di kalihkan keluar jendela.

"Lia, you sakit ke? Kenapa mata tu bengkak?" Elakkan macam mana pun pasti akan ketahuan oleh Darius dan Emir.

"Lia, okay je. Abang Darius jom cari makanan. Lia lapar lah." Rengek Elaine.

Darius menarik hidung mancung milik gadis itu.

"Emir? Abang Emir? Dia mana? Ajak dia sekali jom!" Ujar gadis itu untuk mengelak dari terus disoal.

"Ada di bawah. Jom lah. Kita terus dinner dekat luar. Umi ada dekat hotel. Nanti kita singgah jemput umi untuk makan malam." Balas Darius lagi.

Elaine turun ke tingkat bawah untuk mencari abangnya. Sepertinya Emir sedang sibuk dengan telefonnya.

"Nah!!! Kamelia?? Oh hello kak Kamelia ke? Saya Elaine adik kesayangan abang Emir." Sapa Elaine di dalam panggilan itu. Tersekat-sekat Kamelia menjawab sapaan gadis itu.

"Adik!! Give me back!! Orang tengah cakap dekat telefonkan. Tak ada adab ke?" Diherdik oleh abangnya buat pertama kali. Tersentak hati Elaine mendengar kata-kata abangnya. Terus di lepaskan telefon itu dah berlalu naik ke biliknya.

Pintu bilik Elaine di kunci. Dia tidak mahu di ganggu oleh sesiapa pun. Benarlah kata Ayden, dia hanya perempuan malang yang sering menyusahkan hidup orang sekelilingnya.

"Adik!! Open the door please. Adik I'm sorry cutiepie!" Jerit Emir di balik pintu itu.

Diam.

"Lia, jangan macam ni. Buka pintu ni adik." Pujuk Darius.

"Emir, kau tahu tak adik tu ada masalah tadi. Aku puas pujuk dia untuk keluar dari bilik. Dia nak ajak kau pergi makan tadi. Agak-agak lah kalau nak tengking dia pun." Bentak Darius.

"Lia, jom lah. Kata lapar tadi. Kita pergi cari makanan yang best jom. You suka dessert kan." Pujukan Darius tidak di endahkan.

Akhirnya tanpa sedar dia ketiduran di katil empuknya yang bersaiz king itu. Saat dia sedar langit yang tadi nya cerah kini sudah bertukar gelap gelita. Tiada bulan mahu pun bintang. Seperti hatinya yang gelap tanpa ada peluang untuk rasa bahagia.

Jika arwah Jebat ada ketika ini, pasti Elaine akan harungi hari-hari nya dengan penuh bahagia di samping ayah tercinta. Benar kata orang, kekuatan anak perempuan ada pada ayahnya. Begitu sebaliknya. Bukan mudah untuk Elaine mengharungi liku-liku kehidupan tanpa seorang ayah yang di gelar sebagai hero. Dialah hero sampai bila-bila walaupun sudah pergi buat selamanya.

Dia turun ke bawah kerana perutnya sudah mula mengeluarkan perbagai bunyi. Lapar tetapi di mana semua orang? Memang sengaja tinggal dia sendirian ke? Elaine mencari di serata ruang tetapi langsung tiada makanan. Dia nekad untuk keluar untuk membeli makanan.

 Dia nekad untuk keluar untuk membeli makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now