𝟘𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3.3K 212 40
                                    

Awal pagi lagi Elaine dan dua lagi rakannya sudah terpacak di pejabat. Hazran dan Afiqah sudah mula rasa gementar untuk pembentangan pagi ini, mana tidaknya syarikat besar sudah tentu mereka mahukan kualiti pekerja mereka seiringan dengan prestasi syarikat itu sendiri.

Elaine dengan lagak bersahaja, langsung tidak memikirkan tentang pembentangan pagi ini. Jarinya laju menari di atas skrin telefon melihat video di laman sosial Tiktok.

"Babe, kau masih marahkan aku ke?" Soal Hazran.

"Hmmm. Aku okay je lah. Chill!" Jawabnya tanpa menoleh ke arah Hazran.

"Aku selalu ada dengan kau, Lia. Kau tahu tentang tu kan. Jadi aku harap kau sudi untuk kongsi kan dengan aku. Walau apa pun yang terjadi kau tetap sahabat aku." Pujukan Hazran kali ini membuahkan hasil.

Pandangan mereka bersatu seperti mengerti kehendak Hazran. BINGO!

"Kain aler, kau kenal aku macam mana kan. Tiba waktunya aku sendiri yang datang dan luahkan semuanya." Ucapnya tanpa segan silu. Dia tahu hanya Hazran yang boleh dipercayai dan memahaminya.

Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. Elaine melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu bersama teman-temannya. Terlihat pensyarah atau lebih di kenali sebagai personal advisor yang ditugaskan untuk menjadi penasihat sewaktu latihan industri.

Entah dari mana datangnya idea untuk menukar nama panggilan Ayden kepada pakcik Oyen. Kini tiada lagi pakcik hot atau pun pakcik bos.

Kenapa Oyen? Ayden, Oyen? Kan ke dekat bunyinya.

"Good luck!" Telinga Elaine seperti berdesing dengan gangguan suara halus di telinganya. Apabila dia mengalihkan pandangannya jelas kelihatan wajah Ayden tersenyum dan terus berlalu mengambil tempat di hadapan sekali.

Gadis itu mengambil tempat berdepan dengan Ayden Darhwish dan di sebelah kirinya adalah pensyarahnya, puan Heyra. Dia sudah bersedia untuk memulakan pembentangan pertama mereka sejak mereka mula intern di sini.

"Babe, tenang. Baca doa dulu sebelum mula." Bisik Hazran sebelum dia mengambil tempat untuk memulakan pembentangan.

Kemudian Abby Rania selaku urusetia untuk majlis pagi itu memulakan dengan memperkenalkan Tuan Zack Fakri selaku pengarah AD Pacific Sdn Bhd dan beberapa pemegang saham syarikat kepada Puan Heyra.

"Seterusnya, dipersilakan Elaine Dahlia untuk pembentangan pagi ini." Abby memberi laluan kepada gadis itu untuk mengambil alih program pada pagi itu.

"A very good morning to chairman, Tuan Zack Fakri, Tuan Ayden Darhwish, the share holder, Puan Sofea Hana, beloved lecturer, Madam Heyra and fellow friends..." Elaine meneruskan pembentangan sehingga penghujungnya.

Sepanjang sesi pembentangan itu berlangsung tiada sedikit pun cacat cela dari semua sisi. Nampak sahaja gadis ini biasa tetapi apabila dia mula berkata, jelas sekali aura nya yang luar biasa. Setiap butir katanya membuatkan semua orang di dalam bilik itu terpaku dan terpegun mendengarnya.

 Setiap butir katanya membuatkan semua orang di dalam bilik itu terpaku dan terpegun mendengarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now