𝟙𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3K 207 58
                                    

TING!

-𝐔𝐍𝐊𝐍𝐎𝐖𝐍-

"Tolong aku!!!"

"Aku perlu kan kau."

"A... Aku minta maaf atas kesilapan aku dulu..."

Dia memandang sekeliling. Hatinya kuat mengatakan orang itu ada di dalam pejabat ini. Firasatnya kuat mengatakan itu Haura Medina. Ya Haura! Sahabatnya yang hilang tanpa jejak sejak 5 tahun lalu. Haura Medina sahabatnya sejak kecil lagi. Gadis ini hilang di tapak perkhemahan mereka di Taman Negara. Sehingga hari ni tidak seorang pun dapat menjejaki keberadaannya.

Sejak kebelakangan ini, Elaine sering menyendiri. Adakah Haura kembali dan memperbaiki hubungan persahabatan mereka? Atau dia mahu merampas Hazran buat kali kedua? Fikirannya juga terganggu dengan pesanan ringkas yang kerap kali diterima daripada nombor yang tidak dikenalinya.

Bosan.

Semua tugasan telah di siapkan seiring dengan masa yang telah di tetapkan untuk dihantar ke meja Tuan Ayden. Hari ini Ayden Darhwish serta bos ternama tiada di pejabat. Jadi sebagai pekerja yang bertauliah dan berdedikasi, ini lah waktu yang tepat untuk membawang. Tiba-tiba pandangannya terganggu dengan sosok tubuh langsing dan tinggi. Cantik. Siapa dia ni?

"Woi budak! Siapa nama kau? Kenapa aku macam pernah tengok muka kau ni?" Wanita itu menyapa Elaine yang masih lagi dengan dunianya.

"Woi!! Pekak ke?" Teriak wanita itu lagi.

Semua mata di dalam pejabat itu memandang kea rah meja Elaine. Hazran dan Afiqah terdiam saat mendengar teriakan wanita itu.

"Ma.. Maaf ya ada apa ya cik." Dia cuba menjawab dengan penuh hormat.

"Aku dah ingat dah kau ni yang aku pernah jumpa 5 tahun lalu di panggung wayang. Kau cuba nak try boyfriends aku kan. Perempuan gatal!" Jerkah wanita itu sewenangnya.

"Cakap baik sikit. Bila masa pula saya ni suka merampas hak orang." Balasnya sinis.

"Woi budak! Mana bos kau?" Soal wanita itu pada Elaine dengan kasar. Dia menyandar di hujung meja itu. Matanya melilau mencari jejaka pujaannya.

Elaine menyambung kerjanya semula. Kehadiran wanita itu betul-betul mengganggu emosinya ketika ini.

Diam.

Diam.

"BAM!!!!!" Buku tebal di atas meja Elaine di hempas kuat.

"Pakcik Oyen dah mampus!!" Sekali lagi dia menekup mulutnya. Kali ini jeritannya agak kuat.

"Woi!! Siapa pakcik Oyen? Engkau ni orang suruh kerja tu kerja la elok-elok. Ini tidak makan gaji buta. Berangan lebih!" Sindir wanita itu.

"Err... Maaf cik. Ta.. Tadi cik tanya apa eh?" Terkedu dia buatnya. Kuat pula wanita itu menyindir dirinya.

"Macam mana eh Ayden boleh ambil pekerja bangang macam ni. Benak betul lah." Wanita itu mengomel lagi.

Elaine mula mengepal tangannya. Sudah siap untuk dilepaskan. Geram pula mendengar makcik ni dengan mulut celupar dia.

"Makcik!!! Tadi makcik cakap apa? Cari Tuan Ayden eh?" Celah Elaine. Kali ini, biar dia yang menguasai ruang pejabat itu.

Tidak seorang pun berani melawan wanita itu tetapi kali ini apa kata kita mencuba.

"Makcik kau panggil aku? Punya cantik depan mata kau, makcik kau panggil? Aku ni EMMA.KAY.! Dengar tak?" Emma menarik rambut ikal mayang milik Elaine.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now