𝟜𝟘 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.6K 165 26
                                    

Awal pagi lagi Elaine sudah berangkat pejabat. Elaine meninggalkan sekeping nota buat Ayden. Tugasnya sebagai seorang isteri tetap di jalankan walaupun Ayden tidak melayannya sebagai seorang isteri.

'Pakcik Oyen, saya pergi kerja dulu ya. Maaf sebab tak kejutkan pakcik Oyen. Baju dan sarapan sudah saya siapkan. Jangan lupa sarapan tau nanti sakit perut pula. Jangan risau saya tak kan ganggu pakcik sarapan lagi. Sarapan pun air tangan mummy bukan saya sebab saya tahu pakcik Oyen tak akan makan kan. Saya cuma tolong hidangkan je. Take care tau. Saya nak minta izin tidur rumah umi malam ni. Saya tak sihat saya takut berjangkit dengan pakcik Oyen jadi saya tidur di rumah umi ya. SALAM SAYANG ISTERI AWAK, DAHLIA!'

Ayden bengang apabila membaca nota itu. Bodoh! Kenapa aku ego sangat sampaikan isteri sakit pun aku tak sedar.

Dia bergegas ke pejabat tetapi di halang oleh Tuan Zack di pintu utama.

"Ayden!! Tunggu!" Halang Tuan Zack.

"Yes daddy. Ayden nak cepat ni ada meeting pagi ni dengan client." Ucapnya.

"Kamu ada masalah dengan Dahlia ke?" Soal si ayah.

"Mana.. Mana ada lah daddy. Kita orang okay je." Ayden kenapa perlu menipu.

"Jangan nak menipu. Kenapa seminggu dua ni daddy tengok kamu selalu balik lambat. Tak kesian ke dekat isteri tu dia tunggu kamu balik. Sampai tak makan sebab tunggu kamu balik. Tahu -tahu kamu balik terus tidur. Macam tu jadi suami?" Soal Tuan Zack dengan nada serius.

"Memang tengah banyak kerja la dekat pejabat. Bukan Ayden sesuka hati nak tinggalkan dia sendirian di rumah." Mudahnya dia memberi alasan.

"Daddy tak nak dengar kamu bergaduh! Pergi pujuk dia baiki hubungan tu. Baru saja kahwin dah macam-macam perangai buruk kamu buat pada Dahlia. Bagus sangat ke? Berubah lah Ayden! Menyesal nanti baru tahu." Nadanya naik seoktaf. Tuan Zack memang tegas orangnya.

Berkali-kali dia mendail nombor Elaine namun panggilan itu tidak dapat disambungkan. Jauh di sudut hati kecilnya mulai risau keadaan Elaine.

'Mana aku nak cari kau budak! Kalau aku call umi nanti umi tahu kita bergaduh.'

Akhirnya dia mendapat idea untuk membuat kejutan di pejabat Elaine. Segala mesyuaratnya di tangguh ke hari lain demi hubungannya dengan Elaine.

Tiba di pejabat Elaine, dia menarik nafas lega melihat kereta isterinya ada di sana. Laju langkahnya melangkah ke kaunter penyambut tetamu untuk mencari isterinya.

"Eh Tuan Ayden nak jumpa Puan Elaine ke? Dia baru sahaja keluar." Beritahu pekerja wanita itu.

"D.. Dia ke mana ya? Dengan siapa?" Hatinya mula tidak keruan.

'Ya Allah lindungi isteri ku ya rabb. Mana kau pergi ni sayang.' Bisik hatinya.

"Dia keluar seorang diri tapi tidak silap saya dia tak bawa kereta dia." Ucap pekerja wanita itu lagi. Ayden tertunduk lemah. Kali ini dia benar-benar menyesal dengan tindakannya.

"Okay terima kasih. Kalau dia balik ke sini pesan pada dia untuk telefon saya." Pesan Ayden sebelum berlalu pergi.

Merata tempat dia mencari Elaine namun tidak ketemu. Kemana lagi dia harus mencari isterinya.

"Argh!!!!! Mana kau pergi??" Teriak Ayden.

"Kau ingat dengan kau menjerit kau boleh jumpa dia ke?" Ryqal menyapa dari arah belakang.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now