𝟙𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.9K 183 27
                                    

Awal pagi lagi Ayden sudah bersiap untuk menghantar adiknya ke rumah Elaine. Pagi itu wajah Adlene begitu ceria sekali. Maklum lah dapat tinggal sebumbung dengan 'bakal kakak ipar'.

Dia teruja untuk tinggal bersama Elaine. Adlene punya satu misi yang harus di selesaikan sepanjang dia tinggal bersama Elaine nanti. Jeng. Jeng. Jeng.

Dua puluh minit perjalanan akhirnya mereka tiba di perkarangan rumah Elaine Dahlia. Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti tepat di hadapan rumah Elaine. Gadis itu sudah lama menunggu di pintu pagar utama semata-mata untuk menjemput kedatangan Adlene.

"Kak Yaya!!!!! Sorry lambat. Wina bawa sarapan buat akak." Terkocoh-kocoh dia berlari ke arah Elaine lalu memeluk dengan erat sekali.

"Err.. A.. Akak? Kita bukan sebaya ke?" Sapa Elaine dengan nada pelik.

"Eh mana ada Wina baru 23 tahun lah. Kita beza 3 tahun okay. HAHAHA!" Jawabnya dengan santai. Nak orang kata dia muda lah tu.

"Abang, thank you for sending me here. Esok ke lusa tak perlu datang eh. Wina dah bawa baju secukupnya." Sempat dia mengenyitkan mata sebelum pergi meninggalkan abangnya.

Kehadiran Elaine telah mengubah hidup mereka berdua seperti hadirnya pelangi selepas hujan. Gadis muda seperti Adlene berubah menjadi seorang yang ceria dan manja seperti dahulu.

"Dahlia, thank you sebab sudi terima adik saya di rumah awak. Anything just let me know. Ni contact number saya. Jangan segan nak inform saya apa-apa sahaja terutama tentang Wina." Tutur Ayden dengan sopan.

Elaine Dahlia hanya mengangguk tanda faham. Dia takut untuk melihat wajah jejaka itu kerana dia sendiri tidak tahu nak cakap macam mana tetapi yang pasti pagi ini wajah Ayden tampak berseri dan sangat kacak. Hot daddy you.

Ayden pergi meninggalkan mereka berdua. Dia harus cepat ke RQL Pacific Sdn Bhd untuk mesyuarat pagi itu. Tender yang ditawarkan oleh syarikat itu sangat berpotensi tinggi untuk mengekalkan syarikatnya berada di kalangan syarikat terbesar di Malaysia.

"Wina, stay di rumah ya. Saya kena masuk kerja hari ini. Today is my first day." Ujar Elaine Dahlia.

"Akak jangan risau. Wina stay di rumah je sampai akak balik. Okey!" Balas Adlene Darwina.

Ceria sungguh budak seorang ni. Macam ada bau sesuatu sahaja.

"Umi, Lia pergi office dulu ya. Wina dah sampai ni. Wina masuk dulu ya. Kita jumpa petang nanti." Jelas Elaine sambil menunjukkan bilik tetamu untuk Adlene menginap.

Selesai uruskan Adlene serta barang-barang nya di bilik tetamu. Elaine bergegas ke pejabat. Hari ini merupanya hari pertamanya di syarikat baru. Syarikat yang menawarkan pelbagai tender buat syarikat kecil di luar sana untuk terus kekal membangun dan berjaya dalam industri perniagaan.

"Hi morning! Saya Elaine Dahlia. Saya lapor diri hari ini di sini." Sapa Elaine di kaunter lobi syarikat itu.

"Oh cik Elaine? Student intern right?" Tanya wanita yang berada di kaunter itu. Elaine hanya mengangguk.

"Cik Elaine boleh ikut saya ke atas. Puan Safiya sudah menunggu cik di pejabatnya." Ajak wanita itu. Umur nya lebih kurang Julia Fendi iaitu ibu Elaine Dahlia. Begitu santun dia menerima tetamu yang baru bertandang ke syarikat itu. Yang penting first impression dia terhadap syarikat baru ini jauh lebih baik dari syarikat lamanya.

MY AYDEN DARHWISH [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن