𝟙𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.6K 164 10
                                    

Seharian dia duduk di bilik nya. Bosan membelengu diri Adlene. Dia menghubungi abangnya dan Hazran untuk menjemputnya untuk makan tengah hari tetapi panggilannya tidak dapat disambungkan. Adlene cuba sekali lagi. Dia menghantar pesanan kepada abangnya dan Elaine.

-Abang Dede-

"Assalamualaikum ya habibi. Ya maulana. Abang Dede. Busy ke?"

"Kau nak apa?"

"Abang Dede, Wina lapar lah. Teman Wina makan boleh?"

"Aku ada meeting sampai jam 12 tengah hari. Selepas tu baru aku datang jemput kau eh."

"Okay cun tapi Wina nak makan dekat Kleptorkat eh!"

Kali ini dia harus melakukan sesuatu. Mesej terakhir Adlene dibiarkan 'seen' oleh Ayden. Malas mahu melayan budak ini.

-Kak Yaya-

"Assalamualaikum akak! Ni Wina. Busy ke?"

"Waalaikumsalam. Mana dapat number saya?"

"Dari umi. Tadi umi balik rumah kejap."

"Awak nak apa? Saya tengah kerja ni."

"Tengah hari kita pergi makan nak? Dekat kafe kelptorkat."

"Tak janji. Kalau saya pergi nanti saya bagitahu."

"Alah please akak. Kali ni je. Wina janji tak tipu akak lagi."

"Ooo maksudnya selama 3 minggu ni awak menipu saya ya?"

"Err.. Ta.. Tak... Mana ada lah."

"Okay lah saya tengah kerja ni. Kalau main phone kena buang kerja lagi macam tempat abang awak."

Kata-kata Elaine itu membuatkan Adlene terasa hati. Pasti inilah yang dirasai oleh Elaine selama ini. Pantas sahaja dia tidak menyukai Ayden sejak pertama kali mereka bertemu. Mungkin ini bukan waktu yang sesuai untuknya merancang sesuatu.

Selesai segala urusan mesyuarat bersama client, Ayden bergegas menjemput adiknya untuk makan tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai segala urusan mesyuarat bersama client, Ayden bergegas menjemput adiknya untuk makan tengah hari. Mungkin ini juga cara dapat menyembuhkan penyakit Adlene dari terus memberontak. Memandangkan mummy dan daddy mereka masih sibuk dengan kerja dan tidak langsung memikirkan tentang mereka dua beradik. Jadi sebagai abang dia harus melindungi Adlene Darwina daripada terus dibelengu dosa.

-Kak Yaya-

"Wina, saya nak pergi rehat ni. Awak masih nak saya ikut ke?"

"Wah!!! That is a good new kakak. Okay saya tunggu kakak dekat sana tau. Jumpa nanti."

"Orait!!"

Tanpa berlengah lagi, Elaine terus menghubungi Darius untuk menjemputnya untuk makan tengah hari bersama Adlene. Tidak lama kemudian, mereka tiba di kafe itu. Ternyata Adlene tidak keseorangan. Dia harus menjalankan misi supaya Ayden tidak terus menerus mengganggunya.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now