𝟚𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 145 25
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, dia terdengar suara halus Elaine menyanyikan lagu yang sedang di mainkan di radio ketika itu. Lagi siapa lagi kalau bukan artis kegemaran Elaine iaitu Alan Walker yang bertajuk It's not you. Tanpa dia sedar dia telah menghadiahkan senyuman terpaling manis yang pernah Elaine lihat.

'Pakcik ni gila ke senyum sorang-sorang.' Pandangan sinis Elaine mengejutkan Ayden ke dunia realiti.

"Kau belum jawab soalan aku di restoran tadi." Soal jejaka itu lagi.

"Yang mana? Pakcik tanya banyak sangat hari ni. Quota bercakap pakcik sehari berapa? Saya tengok hari ni pakcik Oyen lain sikit, lebih banyak bercakap daripada saya." Selamba sahaja dia menyuarakan soalan itu.

'Nasib kau cantik je hari ni. Kalau tak aku dah tinggalkan kau tepi jalan tahu tak budak.' Bisik hati kecil Ayden.

"Aik? Pakcik! Lah dah habis quota ke?" Kepala Elaine pusing melihat wajah kacak milik Tuan Ayden Darhwish. Pelik!

"Look Tuan Ayden Darhwish, saya bukan tak boleh terima awak macam orang lain. Cuma perbuatan awak buat pada saya jauh lebih teruk. Menghina saya, memalukan saya bukan suatu perkara yang saya boleh lupakan seperti saya tertumpahkan air di baju awak dan saya cakap sorry tertumpah! Bukan!!" Elaine melepaskan apa yang terbuku di hati.

"Tapi aku dah minta maafkan." Tetap dengan egonya.

"Maaf? Seriously Ayden Darhwish? Hanya kata maaf?" Soal nya sinis.

"Bagi aku peluang untuk buktikan pada kau Elaine Dahlia." Dia cuba membela diri.

"Huh! Peluang? Setiap kali saya beri peluang untuk berbaik, setiap kali itu lah pakcik Oyen hina dan malukan saya. Apakah itu hobi terbaru pakcik Oyen?"

"Umi dan walid saya cukup lengkap didik saya jadi orang yang berguna. Sampai pada pakcik Oyen sesuka hati kata saya perempuan malang? Are you kidding me Tuan Ayden Darhwish? Can you imagine kalau arwah walid saya dengar awak cakap macam tu?" Elaine tidak dapat menahan emosinya lagi.

"Aku... Aku sebenarnya tak bermaksud kan itu pun."

"Then? Tell me everything. Let's clear the thing!"

"Aku tak boleh kawal emosi aku Dahlia."

"Cukup Tuan Ayden Darhwish. Apa yang pakcik Oyen buat bukan benda kecil. Mungkin suatu hari hati saya terbuka untuk memaafkan tetapi tidak melupakan. Hati ni seperti cawan bila di baling ke lantai berderai pecahnya. Begitu la sakit dan malu nya saya." Luah Elaine lagi.

Tersentak hati Ayden mendengar penjelasan gadis polos itu. Sungguh dia tidak menyangka bahwa permintaan nya di tolak mentah oleh Elaine. Belum sempat Ayden mencelah untuk membidas kata-kata yang dilemparkan oleh gadis kecik itu. Elaine terus menyambung penjelasan nya.

"Aku tak mahu kita bergaduh macam dulu. Islam tak mengajar kita untuk membenci sesama manusia. Aku cuma nak kita berbaik. Terpulang pada kau untuk terus berkawan dengan aku atau tidak. Sekurang-kurangnya aku dan kau sudah berbaik." Bidas Ayden.

"Pakcik ni pekak ke saya cakap saya ni PEREMPUAN MALANG!!! DENGAR TAK ? M.A.L.A.N.G.. Tak malu ke berkawan dengan orang yang tak sekufu dengan pakcik. Lupa ke pakcik Oyen kata saya ni malang." Suaranya naik seoktaf. Bibir mendengus kasar.

Saat kereta berhenti di hadapan rumahnya, Elaine sempat berpesan sesuatu pada Ayden.

"Tuan Ayden, seorang manusia di cipta oleh Allah bukan untuk di hina. Hubungan sesama manusia tu harus di jaga, jangan sampai ini salah satu asbab kita tak dapat bau syurga. Saya baik dengan awak tetapi tak bermaksud awak boleh pijak saya. Saya bukan perempuan lembik. Ingat doa orang teranaiya dengan Allah tiada hijab. Terima kasih untuk hari ini dan menghantarkan saya sampai ke rumah." Selesai mengungkapkan segalanya dia pergi meninggalkan Ayden

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now