𝟘𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3.9K 219 24
                                    

Hari yang dinanti selama ini telah tiba. Latihan industri akan bermula hari ini. Bermakna segalanya akan terbongkar satu persatu.

"Kain aler! Betul ke keputusan kita intern di sini?" Wajah Elaine pucat lesi. Takut betul dia ketika melangkah masuk ke pejabat itu.

"Relax la choi. Kau ni harap muka saja ganas tapi hati ada taman. Aku kan ada. Jangan risau. Ha tu pun uncle Zack" Dia memang suka melihat Elaine gelabah. Rasa comel je muka gadis itu kalau dia dalam ketakutan.

Ngek! Kau ingat ini drama pukul 7 ke? Orang takut pun nampak comel.

"Hi Elaine, long time no see? How are you my dear?" Sapa Tuan Zack Fakri. Seorang yang berpengalaman, sangat berpengaruh dan paling penting sangat ramah dengan pekerjanya. Hampir seluruh pekerjanya senang bekerja di sana dengan suasana yang agak tenang dan nyaman jika dibandingkan dengan syarikat lain.

"Err.... Tu.. Tuan Zack. A... Apa?" Terketar-ketar suaranya. Debaran masih terasa di dada dan masih belum reda lagi. Sehingga lah Hazran menggengam sebelah tangan Elaine lalu memandang tepat pada matanya.

"Sa.. Saya baik. Tuan Zack apa khabar?" Sambungnya lagi.

"Are you alright Elaine Dahlia? Muka pucat sungguh ni. Baru hari pertama. Chill! Uncle tak makan orang la." Pujuk Tuan Zack. Tidak lama kemudian, Puan Sofea tiba di tempat mereka berkumpul.

"Sa.. Saya okay tuan. Eh uncle Zack. Saya.. Saya sebenarnya nebes. Sa.. Saya nak tanya nanti saya akan bekerja bawah uncle kan?" Soalnya serius. Nafasnya yang tadi seperti ombak yang deras menghempas pulau terus reda seperti tiada air yang pasang dilautan.

Hazran memang pandai menenangkan hati Elaine Dahlia.

"Hi Elaine, ya Allah kenapa muka you pucat sangat ni. Dorah tolong ambil kan secawan air. Pucat sungguh muka budak ni." Maira Adorah yang tadi sedang berborak sakan dengan rakan sekerjanya, Maira Alisa terus berlari mengambil secawan air yang diarah oleh bosnya.

"Err.. Kenapa kawan aku tiba-tiba berlari? Ada nampak hantu ke? Ish tak mungkin lah. Budak tu cantik je dengan mata coklat dia." Omel Maira sendirian.

"Ni airnya Puan Sofea. Ma.. Maafkan saya tetapi siapa mereka bertiga ni? Jual MLM ke puan?" Sapa si jemah a.k.a Adorah.

"Dorah, awak dengan Maira tu bergosip saja kerjanya. Cuba kerja tu semegah sikit. Lagi satu untuk pengetahuan awak mereka akan mula intern di sini hari ini. Jadi saya harap awak dan Maira dapat mengajar benda yang baik-baik sahaja. Yang laghor tolong simpan ya." Pesan Puan Sofea. Dia kenal sekali dengan perangai pekerjanya yang suka menyembang jika ada masa terluang.

"Puan Sofea, maksudnya mereka masih muda la ya? Dorah kau juga yang paling tua di sini. Nasib lah labu." Omel Maira. Dia menepuk bahu Adorah sekuat hati. Mana tidak nya Adorah merupanya pekerja paling lama di syarikat itu. Maira begitu bangga dengan sahabatnya. She's legend of AD Pacific Sdn Bhd.

"Oh macam tu. Hi dik non. Kenalkan saya kak Adorah dan ini kawan jemah saya Maira. Nama awak bertiga ni siapa?" sapa Adorah dengan selamba.

"Sa.. Saya Elaine Dahlia dan mereka berdua kawan saya Hazran dan Fatin Afiqa. Nice to meet you kak Adorah dan kak Maira." Ucap Elaine dengan sopan. Lain kan perwatakan Elaine bila di hadapan Puan Sofea dan Tuan Zack.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now