𝟜𝟚 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 157 31
                                    

Malam itu buat pertama kalinya mereka tidur sekatil. Alarm jam di telefon berbunyi pun tidak sedar. Lena pasangan ini dapat tidur sekatil.

Tiba-tiba Ayden terjaga dari tidur yang lena itu dan keadaan ketika itu jelas menunjukkan tangan kanan Elaine sedang merangkul leher Ayden yang berada di sebelahnya dan tangan kiri Ayden seronok memeluk erat tubuh isterinya yang kecil molek itu. Pelukan erat itu sudah jelas bahwa mereka sebenarnya saling merindui tetapi ego menguasai diri.

"Ehem!!! Bunny, bangun dah pukul berapa ni. Kau ada mesyuarat kan?" Kejut Ayden berkali-kali namun Elaine masih lena dibuai mimpi. Ayden sempat menghadiahkan ciuman ringkas di dahi Elaine.

Dia rebahkan wajah nya di dada bidang Ayden dan pelukannya semakin erat.

"Alah! Malas la pakcik Oyen." Mudah nya budak ni cakap. Dia merengek pula dah bini aku ni. Pagi lagi ni sayang oi! Jangan buat aku macam ni.

"Eh kejap! Pakcik Oyen? Eh bila pakcik ada di sini? Kenapa kita berpelukan? Pakcik Oyen buat apa dekat saya semalam?" Bertalu-talu soalan di lontarkan. Cepat-cepat dia mengalihkan wajah nya yang tadi melekat di dada Ayden.

"Bunny!! Bukan niat aku nak tampar tapi maafkan aku eh sekali je bagi aku tampar muka kau." Minta si suami.

Pang!

"Aduh sakit la pakcik Oyen. Paiti tampar muka saya. Kan dah petak dah muka ni. Ish!" Di usap perlahan-lahan pipi yang sudah memerah.

"Alamak bunny. Sorry. Kau tu masih mamai lagi itu yang aku tampar muka kau. Aku tak ada niat nak tampar kau." Pujuk Ayden sambil membelek setiap inci wajah isterinya.

"Okay lagi muka kau ni. Tak berapa nampak sangat petak tu. Nanti kita buat facial betulkan yang dah lari tu." Usik Ayden.

Cemberut muka Elaine mendengarnya.

"Semalam kan hujan. Kau cakap kau sejuk nak aku peluk, aku boleh buat apa kan kalau orang dah minta kita kena tunaikan. Wangi pula tu. Gewam kita." Pandai nya Ayden buat cerita.

Ayden merapatkan tubuh nya di sebelah Elaine. Lama dia merenung wajah isterinya. Berkali-kali dia meneguk liurnya apabila wajah Elaine penuh di kornea matanya. Berkerut dahi Elaine melihat perangai Ayden yang pelik-pelik sejak mereka bertemu petang semalam.

"Bunny, sebenarnya kan kau cantik lah tapi waktu kau tidur je lah. Bila kau bangun tak jauh beza dengan ahli sihir. He he he." Usik Ayden.

Elaine bangun dari katil dan meluru ke bilik mandi untuk bersiap.

"Sa... Saya santau pakcik Oyen nanti baru tahu. Dah orang nak siap."

"Dahlia, boleh tak kalau aku nak kau jadi makmum aku untuk solat subuh ni?" Tersentak Elaine mendengar permintaan suaminya. Laju kepala dia angguk.

Usai selesai solat, Ayden paling kan tubuh nya menghadap Elaine. Direnung seluruh wajah si isteri dan senyuman itu sudah jelas menunjukkan dia sedang meniti bahagia bersama wanita yang bernama Elaine Dahlia.

"Terima kasih pakcik Oyen sebab sudi jadi imam saya." Ucap Elaine dengan rasa syukur.

"Terima kasih sebab benarkan aku jadi imam kau dan sudi menjadi makmum aku. Aku minta maaf atas salah silap aku pada aku. Kita bukak buku baru ya bunny sayang." Kuat genggaman Ayden menggenggam kekura tangan Elaine. Mata mereka bertemu seakan darah yang mengalir seiring dengan rasa cinta yang mula mekar di hati mereka. Elaine tersenyum lebar melihat senyuman si suami buat pertama kalinya. Maneh nya senyuman awak cukcam!

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now