𝟝𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 131 39
                                    

Hampir setengah jam di klinik Elaine sedikit pun tidak alahan mahupun muntah-muntah. Dia kerap rasa mual di awal pagi sahaja dan di sebelah petang dia lebih banyak berehat di bilik kerana terlalu penat keluar masuk tandas.

"Sayang tadi muntah tu ada keluar apa-apa tak?" Tanya Ayden, dia khuatir jika isterinya mengalami keracunan makanan.

"Tak keluar. Rasa loya je. Ehem.. A.. Ab.. Abang. Lia nak minta maaf sebab Lia kasar dengan abang." Elaine menarik lengan suaminya supaya dapat di peluk.

"Sayang tak salah pun. Abang dah lama maafkan sayang. Cakap dengan abang kenapa sayang macam ni?" Ayden mengangkat sebelah tangannya supaya dapat memeluk isterinya di sisi.

"Entah. Lia tak tahu. Sejak sedar dari koma Lia hilang selera makan. Dekat sebulan juga macam ni dan abang tahu kan Lia tak akan pergi klinik kalau bukan dengan abang." Elaine lentokkan kepalanya di bahu Ayden.

"Alolo sayang baby cukcam abang ni. Patut la abang tengok badan sayang macam susut je. Kalau sakit kan abang selalu pesan pergi klinik biar doktor yang check kalau sakit yang serius kan menyesal tak di rawat dari awal." Dia mencubit lembut pipi Elaine.

"Ke sebab Lia kena buatan orang macam Harraz cakap tu." Teka Elaine selamba.

"Ish dia ni. Cili mulut tu nanti. Buatan orang apa nya sayang." Ayden menolak sedikit tubuh Elaine namun ditarik rapat semula oleh isterinya.

"Buatan orang. Tak percaya tunggu doktor panggil." Dia ugut kita pula budak ni.

"Puan Elaine Dahlia..." Panggil pembantu itu.

"Ya doktor macam mana keadaan isteri saya?" Tanya Ayden.

"Macam ni keadaan Elaine tak begitu serius dan masih boleh di rawat." Doktor Aline cuba menjelas kan satu persatu.

"Betul kan doktor saya kena buatan orang..." Sempat dia kenyitkan mata ke arah doktor itu.

Doktor Aline tertawa kecil.

"Sayang... Biar doktor cakap dulu." Ayden tidak sabar menunggu jawapan.

"Betul tu. Sebenarnya isteri awak terkena buatan orang dan tempoh untuk sihat lebih kurang sembilan bulan." Ternganga Ayden dibuatnya.

"Tak ada ubat yang boleh percepatkan isteri saya untuk sembuh ke?" Ayden masih menunggu jawapan doktor Aline.

"Ya Allah, hubby. Itu pun tak faham lagi ke?" Elaine toleh ke sisi melihat riak wajah Ayden begitu serius.

Doktor Aline menghulurkan sekeping ultrasound scan. Lama Ayden memandang otak nya seakan tidak berhubung.

"Tahniah Encik Ayden Darhwish, isteri awak mengandung 7 minggu dah. Degil juga tak nak check dekat klinik. Sekarang tahu-tahu kandungan hampir tujuh minggu." Jelas doktor Aline.

Ayden menarik nafas dalam. Alhamdulillah. Terus dia memeluk tubuh Elaine erat. Ayden menghadiahkan senyuman bahagia saat memandang wajah manis Elaine Dahlia.

"Jadi bila kandungan masih baru ni kena jaga elok-elok ya. Jangan angkat barang yang berat, aktiviti lasak pun kena elakkan. Lagi satu emosi wanita mengandung memang tak stabil saya harap awak dapat la jaga emosi isteri awak ni ya Ayden." Pesan doktor Aline.

Ayden angguk laju.

"Terima kasih doktor. So sayang jangan nak merajuk sangat eh. Nanti terkenan dekat anak." Usik Ayden. Elaine masih lagi tersenyum lebar. Oh bahagia sungguh hati ini.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now