✧・゚: ✧・゚: APPRECIATION:・゚✧:・゚✧

1.4K 56 225
                                    

Hi assalamualaikum semua.

First of all, I would like to thank to all of you. I never thought this would be the place for me to release my pressure from the whole day of working. Saya masih baru dalam penulisan jadi saya harap jangan letak harapan yang tinggi dan saya juga ingin minta maaf di atas kekurangan dalam penulisan saya untuk kedua-dua cerita terutama MY AYDEN DARHWISH.

Saya sangat hargai setiap komen dan teguran anda semua. Memandangkan bulan ini cukup setahun saya menulis di sini, saya nak buat give away untuk para pembaca yang sudi meluangkan masa membaca cerita yang saya tulis ini. Hadiahnya biasa sahaja cuma saya nak menghargai anda yang sudi menyokong cerita - cerita saya. Mana yang menegur selama ini, saya ambil dan jadikan semangat untuk saya perbaiki lagi.

Saya tak pernah paksa orang untuk membaca mahupun review cerita saya Tetapi sebagai pembaca yang berhemah, saya dan penulis yang lain perlukan komen dari anda untuk meneruskan menulis setiap bab. Saya suka baca prediction anda terhadap cerita yang saya publish. Saya menulis kerana itu adalah hobi saya di masa lapang. Jadi hadiah yang bakal di terima oleh yang bertuah itu saya harap tak ada la keluar ayat macam ni "hek eleh ini je baik tak payah baca." Again I mention, I never force anyone to read my story. Why I make these give away, just to appreciate who are stand with me since the first day I started to write a story.

Untuk yang bertuah, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab selalu menceriakan hari saya dengan komen anda sama ada di WP ataupun di TIKTOK. I do really appreciate it. Terimalah hadiah tak seberapa ini sebagai kenangan anda bersama saya dalam menyiapkan dua cerita ini dalam masa dua tahun ini.

Bukan mudah untuk seseorang menulis dan memikirkan setiap scene serta memastikan setiap scene itu hidup dan buat orang tertarik dan ingat tentang sesebuah cerita tersebut. Jadi saya harap sebagai pembaca, hargai la titik peluh penulis kegemaran anda dan nilai lah sendiri yang mana yang baik itu kita ambil dan yang mana buruk itu kita jauh kan.

Awhhh nak nangis pula sebab kita dah sampai penghujung cerita pakcik Oyen.

Eh kejap!!! Untuk yang bertuah anda di minta untuk balas DM saya dan bagi detail seperti di bawah ya. Valid selama 48 jam sekirannya saya tak dapat mesej balasan dari awak, saya akan gantikan dengan orang lain ya. Jadi kena alert lah. Hehehe.

NAMA:

NO TEL:

ALAMAT:

NAMA TIKTOK & WP:

p/s: Mana nama tu? Hek.... Check MB korang. Kalau dapat dari saya anda lah yang bertuah. Heheeh...

Yang bertuah tu saya memilih untuk kedua-dua cerita saya serta comment dan vote kalian yang terbanyak terhadap setiap chap dan setiap video yang saya post di TIKTOK.

Sekali lagi sebelum saya menutup tirai. Yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Saya mohon maaf jika selama saya membalas comment anda ada yang terguris hati. Maaf kan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Doakan perjalanan saya ke tanah suci di permudahkan.

Memandangkan MY AYDEN DARHWISH sudah menutup tirainya. Saya dengan besar hati ingin menanyakan beberapa soalan untuk readers yang sudi membaca karya kedua saya.

Sila jawab setiap soalan itu kerana jawapan kalian membantu saya untuk meneruskan penulisan saya akan datang.

1. Adakah anda menyukai cerita MY AYDEN DARHWISH?

2. Berapa rate dari 1 hingga 10 untuk cerita ini?

3. Adakah konflik dalam cerita ini terlalu banyak dan meleret?

4. Adakah cerita ini membosankan anda?

5. Dari mana anda jumpa cerita MY AYDEN DARHWISH?

6. Setiap konflik yang terjadi, ia sangat menyedihkan sehingga mengalir air mata atau biasa saja?

7. Pendapat dan pandangan anda tentang cerita ini?

8. Siapa watak yang korang paling suka dan tak suka?

9. Di antara cerita MAD & ABRF, yang mana pilihan hati anda?

10. Jika saya mengeluarkan cerita baru, adakah anda sudi membacanya?

8. Kata-kata semangat untuk saya,,, please...

Terima kasih buat semua reader kesayangan saya kerana sudi menjawab setiap soalan yang saya ajukan.

Kita jumpa OCT 2023 dengan karya KETIGA saya.

Yang Ikhlas, Raffain


MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now