𝟚𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.2K 130 29
                                    

Pagi yang indah dan cuaca yang baik seharusnya kita memulakan dengan senyuman dan rasa syukur kepada yang maha Esa. Sesungguhnya tidak akan ada hari ini jika Allah tidak mengizinkan. Kali ini Elaine tekad dengan keuputusannya untuk meneruskan legasi Jebat Iskandar dalam perniagaan perhotelan.

Segala titik peluh pasangan ini telah mengembangkan lagi perniagaan mereka dari satu negeri ke satu negeri sehingga mereka dapat membangunkan beberapa cawangan di Malaysia.

Dengan rezeki yang Allah kurniakan dan berkat usaha mereka berdua, akhirnya mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Emir Dzihan dan Elaine Dahlia. Kini, tiba lah masa Emir dan Elaine membalas jasa umi dan walid mereka.

"Morning everyone. As you guys know, today is Elaine first day in Double J Beach Resort. Selamat datang cik Elaine Dahlia." Emir memperkenalkan adiknya pada semua pekerja di hotel itu.

"Selamat datang cik Elaine."

"Welcome back cik Elaine."

"I'm glad you're here, cik Elaine."

Rata-rata semua pekerja teruja dengan kehadiran Elaine di hotel itu. Semangat mereka lain macam tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Mungkin aura seorang gadis yang kuat semangat dan jati diri yang tiada pada mana-mana gadis diluar sana.

"Ehem! Jangan seronok sangat bila cik Elaine di sini. Kerja kamu semua seperti biasa ya. Saya tidak mahu ada yang curi tulang ajak anak saya keluar ke sana ke mari ya." Pesan Julia.

"Baik puan Julia. Saya teruja dapat bekerja dengan cik Elaine. Akhirnya saya dah ada bos. Pergi ke kedai membeli cukup rasa, hi bos saya maya." Celah Maya.

"Hi Maya, nice to meet you. Hebat pantun tu." Jawab Elaine dengan begitu ramah sekali.

"Cukup sampai sini. Sekarang sambung kerja masing-masing. Dahlia mari saya tunjuk kan bilik kamu." Tutur Emir penuh protokol.

"Hek eleh, Chill la abang. Saya muda lagi kenapa awak begitu protokol sekali Emir Dzihan?"

"Diam kamu. Masuk bilik ni, relax dulu nanti abang panggil adik untuk tanda tangan beberapa surat perjanjian dan saham syarikat. See you babygirl." Arah Emir sebelum masuk ke ruangannya. Elaine hanya menurut arahan.

Lama dia termenung melihat skrin telefon di tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lama dia termenung melihat skrin telefon di tangan. Dia tidak pasti adakah ini keputusan yang betul untuk dia dan orang sekeliling terutama sahabatnya. Antara sahabat dan cinta dia harus memilih salah satu bukan kedua-duanya.

"Dalam sangat tenungan tu nak tembus dah aku tengok." Sergah Ayden dari belakang.

"Woi! Dah berapa lama kau dekat sana?" Soal Hazran.

"Kau ni kenapa, okay tak? Ada masalah ke?" Soal Ayden.

"Tak ada apa lah. Ni alang-alang kau ada sini, aku nak kau rahsiakan pasal aku ke Scothland."

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now