𝟜𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.3K 118 54
                                    

Seharian bersama Elaine seperti tidak cukup. Ayden pulang ke rumah Julia untuk beberapa hari menginap di sana sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Turkey. Mesti orang tanya bila masa Ayden bekerja eh? Hahaha suka hati lah drama pun jarang tunjuk bila mereka bekerja kan. So why not?

Kali ini perjalanan Elaine dan Ayden ada kelainan sedikit. Ayden membawa bidadarinya ke suatu tempat yang tidak dijangka oleh Elaine.

"Bunny, malam ni masakkan special untuk abang boleh?" Pinta Ayden.

Terbuntang mata Elaine mendengar permintaan suami.

'Abang? Yang benar ni?'

"Ab... Abang nak makan apa?" Tanya Elaine dengan nada manja.

"Sayang sebut apa tadi?" Giliran Ayden terkejut mendengar isterinya menggelarkan 'abang' padanya.

"A... Abang nak makan apa?" Tanya Elaine sekali lagi. Dia mengetap giginya menahan geram. Sengaja kan!

"Sambal sotong. Boleh ke sayang?" Jawab Ayden.

"Sotong? Rindu makcik sotong kurita ke? Huh! Tak nak masak lauk tu." Rajuk Elaine sambil peluk tubuhnya.

"Bunny, kau.. Ehem.. Sayang ni kenapa anti sangat dengan dia? Abang nak makan sotong je pun kenapa nak kena kaitkan dengan dia?"

"Cukcam! Listen here, because of her I lost my friends, I lost my job in your company. She just destroy everything, she destroy my dream to be part of your team. This is all because of her and you doesn't check CCTV and daddy just fired me because of HER!!" Teriak Elaine sekuatnya.

"Eh Lia kenapa ni? Kenapa menjerit tiba-tiba ni? Ayden apa yang jadi?" Berlari Julia naik ke atas melihat keadaan putrinya.

"Adik, what's wrong? Ayden kau buat apa kali ni?" Emir menerjah saat mendengar teriakan adiknya.

Kamelia mendekati Elaine lalu di peluk erat.

"Adik, calm down. Kita boleh bincang elok-elok kan." Pujuk Kamelia.

"Sayang, abang... Abang tak bermaksud nak cakap macam tu. Umi, Emir sebenarnya Ayden minta Dahlia masakkan sambal sotong untuk dinner. Ayden teringin nak makan masakan Dahlia tapi dia salah faham dengan nama Emma sebab sebelum ini dia gelarkan Emma tu makcik sotong." Emir geleng kepala melihat kerenah adiknya.

"Lah!!! Ingat apa lah tadi. Cutiepie, awak jangan mengada sangat nak buat orang cuak dengan jeritan awak tu boleh tak? Gugur jantung umi ni lah." Emir mendekati adiknya. Tubuh Elaine di peluk erat.

"Habis cukcam nak makan sotong. Banyak lagi binatang lain. Dia nak sotong juga. Lia marah lah. Ish! Bagi makan buaya baru tahu." Wajah nya cemberut kerana tidak seorang pun memihak kepadanya.

"Bunny, abang nak sotong yang di beli di pasar bukan di kelab malam yang ada sugar daddy tu. Kalau sotong tu bukan sayang je tolak abang sendiri memang akan tolak sebab tak ori liat pula tu." Pujuk si suami.

"Betul ni? Kalau makan sotong teringat makcik sotong tu, saya tembak awak dengan dakwat sotong." Ugut Elaine.

"Sudah Lia, cukup-cukup la mengusik Ayden. Muka dia nampak serik sangat bila duduk rumah umi. Ada sahaja yang kamu nak kenakan dia ya." Tegah Julia sebelum anak menantunya menyambung perbalahan yang di reka oleh Elaine Dahlia.

Elaine tersenyum riang dengan kemenangan walaupun di halang oleh Emir dan Julia untuk meneruskan perbalahanan itu.

"Tak apa lah umi, dia terima Ayden pun dah bersyukur dah. Ayden tak nak kehilangan dia lagi. Rugi umi kalau tolak putri petir umi ni. Tak terurus terus hidup Ayden." Balas Ayden.

MY AYDEN DARHWISH [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat