𝟞𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.7K 90 45
                                    

Awal pagi lagi Elaine sudah bangun menyiapkan sarapan buat suami dan anaknya. Proses kehamilan yang kedua ini tidak seteruk sewaktu dia mengandungkan Areez Daiyan. Dia tidak kerap muntah di awal kehamilannya. Pagi ini dia akan pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungannya sekali gus mendapatkan buku pink. Bukan buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. Haa bukan yang itu tetapi buku pink untuk ibu hamil.

Selesai menyiapkan sarapan, dia naik semula ke atas untuk mengejut suaminya untuk solat subuh berjemaah. Kakinya melangkah satu per satu anak tangga hingga tiba di biliknya. Tangannya baru sahaja ingin merayap di atas tubuh sasa Ayden, mata jejaka itu sudah sedia terbuka. Alah baru nak bermanja-manja dengan cukcam. Hurm.

"Assalamualaikum cinta! Selamat pagi anak babah." Ucap Ayden seraya itu tangannya laju mengusap perut Elaine yang masih tidak menunjukkan bentuk lagi.

"Waalaikumusalam babah. Jom kita solat sama." Ajak Elaine sambil menarik lengan sasa sang suami supaya bangun dari perbaringan. Takut jika bermanja berlebihan habis terlepas la waktu subuh nanti.

Selesai solat, Ayden memusingkan badannya supaya dapat melihat isterinya lebih jelas. Dia menghulurkan tangannya pada isterinya. Elaine terdiam seketika sebelum menyambut huluran tangan encik suami lalu mencium lembut. Ayden tidak melepaskan peluang untuk mencium kepala isterinya yang masih tertunduk bersalaman dengannya. Wangi.

Elaine angkat kepala selepas bersalaman dengan suaminya lalu di tatap lama wajah Ayden. Suaminya juga membalas renungan itu. Redup matanya memandang iris berwarna coklat sebelum dia mengukir senyuman. Pandangannya jatuh pada perut Elaine lalu di usap sekali lagi.

"Abang tak sabar nak tengok baby keluar. Mesti dia cantik macam umi dia."

"Ish apa abang ni. Belum besar lagi la. Kena bersabarnya encik Ayden Darhwish. Gender pun kita tak tahu lagi." Elaine mengusap dada bidang suaminya lembut.

"Sayang, abang cuti hari ni jadi kita pergi klinik check kandungan sayang lepas tu abang nak spend time together dengan sayang. Boleh?" Tanya Ayden sambil melipat sejadah miliknya dan juga Elaine.

"Awal pagi mata mencelik ucap lah Alhamdulillah, toleh ke kiri ternampak pula encik suami, solat subuh biasakan lah berjemaah, mesti lah boleh sebab kita pun cuti hari ini." Ayden tersenyum mendengar pantun subuh isterinya.

"Kalau ada sumur di ladang, boleh abang menumpang mandi, kalau ada masa terluang, memang abang tak akan lepas kan peluang ni."

Kucupan hangat hinggap di pipi sehingga menyedarkan Elaine yang sibuk melipat kain telekungnya sebelum di letakkan di hujung katil. Elaine tertawa kecil melihat tingkah laku Ayden yang agak manja dan tidak mahu berenggang langsung. Sejak mengetahui tentang kehamilan kedua Elaine Dahlia, sepertinya Ayden yang akan mengalami alahan teruk berbanding tuan punya badan.

 Sejak mengetahui tentang kehamilan kedua Elaine Dahlia, sepertinya Ayden yang akan mengalami alahan teruk berbanding tuan punya badan

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
MY AYDEN DARHWISH [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon