𝟛𝟛 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

1.9K 131 18
                                    

Empat hari berada di sana langsung tidak membuahkan hasil hanya penat dan kecewa yang dia dapat. Jadi dia menukar haluannya ke Istanbul. Siapa kata dugaan bertunang itu tidak sakit. Ujian yang datang tanpa di duga.

Tujuan nya datang menjenguk Hazran adalah satu kesilapan yang sangat besar. Sungguh dia tidak menyangka segalanya terbongkar saat dia tiba di sana.

Dia kuat kan hati untuk meneruskan perjalanan ke Turkey. Sewaktu dia tiba di lapangan terbang Istanbul, hatinya terasa begitu tenang. Negara itu berhasil membuatkan dia tidak pernah rasa jemu untuk kembali lagi dan lagi. Kehadiran Elaine kali ini di sambut baik oleh empat sahabatnya.

"Merhaba Elaine (Hi Elaine)" Sapa Orhan begitu teruja sekali dia berjumpa Elaine.

"Merhaba Orhan bay. (Hi Orhan) " Elaine menunduk hormat.

"Burada kaç gün kalacaksın? (Berapa hari awak akan berada di sini)" Omer menyoalnya sebelum meneruskan aktiviti mereka hari ini.

"İki hafta burada olacağım. (Saya akan berada di sini selama dua minggu)" Balas Elaine.

Empat sahabat itu saling berpandangan. Bibir mereka mengukir senyuman nakal.

"Bir dakika, bu ne anlama geliyor? Gülüşün? (Nanti dulu, apa maksud senyuman awak semua?)" Elaine sudah tidak senang duduk melihat mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Rahatla Elaine. Tatilinizin tadını çıkarmanız için iyi bir planımız var. Emir bizi aradı ve buraya gelmeden önce nişanlandığını söyledi. Tebrik canım! (Tenang Elaine, sebenarnya kami sudah merancang sesuatu untuk awak. Yang pasti awak akan gembira. Lagi pula Emir sempat menelefon kami dan memberitahu yang awak baru sahaja bertunang. Tahniah!)" Pujuk Murat.

Diantara empat jejaka Turkey ini, Murat adalah orang yang dipertanggung jawab oleh Emir untuk menjaga adiknya di sana. Elaine lebih selesa dengan Murat berbanding yang lain.

"Tamam! (Baik lah)" Jawab nya laju.

"I guess she is not in a good, we have to change her mood. Make her smile again bro!" Bisik Furkhan. Yang lain mengangguk laju.

Sepanjang berada di sana dia bersyukur emosi dan mentalnya masih boleh dikawal dengna baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang berada di sana dia bersyukur emosi dan mentalnya masih boleh dikawal dengna baik. Sebolehnya dia cuba menyembunyikan kesedihan yang sedang dia lalui saat ini. Namun apa dayanya, empat sahabat itu dapat membaca isi hati Elaine seperti dalam kesedihan.

Itenari yang di sediakan oleh mereka berempat sangat memuaskan hati. Jika mereka tubuhkan agensi pelancongan pasti ramai yang mahu mengambil mereka. Muka pun elok. He he he.

Ting!

-Hazran-

'Babe answer me please!'

'Where were you?'

-Seen-

Pesan ringkas yang diterima oleh Hazran di padam. Murat memerhatikan tingkah laku Elaine sangat berbeza dengan sebelum ini. Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi pada gadis itu sebelum tiba di Istanbul.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now